Friday, February 05, 2016

Tabung Haji isytiharkan pembayaran bonus 8 peratus

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan 2015. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bonus terdiri daripada lima peratus bonus tahunan dan tiga peratus Haj bonus. 

Bonus Haji diberikan kepada pendeposit yang masih belum melaksanakan ibadah haji mereka. 

"Alhamdulillah, walaupun dengan persekitaran yang mencabar penuh dengan ketidakpastian, Tabung Haji masih berjaya untuk kekal berdaya saing." 

Pendapatan Tabung Haji pada 2015 berdiri pada RM4.47 bilion, manakala keuntungan selepas zakat pada RM3.53 bilion," katanya di ibu pejabat Tabung Haji di sini, hari ini. 

Jamil berkata kedua-dua pendapatan dan keuntungan bagi tahun kewangan 2015 adalah yang tertinggi sejak penubuhannya lembaga itu 52 tahun yang lalu. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Mana dapat dana untuk bayar bonus yang setinggi ini? Sebelum ini Rafizi Ramli menulis : 
Pengurusan Tabung Haji bagi alasan ia ada aset anak syarikat yang banyak yang boleh menampung rizab yang negatif. Ini nakal namanya kerana cuba mengelirukan rakyat yang bukan akauntan. 
Saya dedahkan di bawah bahawa "aset anak syarikat" yang diwar-warkan itu sebenarnya dari simpanan rakyat di dalam Bank Islam! Jangan gali lubang tutup lubang - bergantung kepada Bank Islam (yang jaga simpanan rakyat) untuk tampung rizab Tabung Haji yang negatif. 
Saya mohon sebarkan perkara ini, saya bimbang dengan keadaan di Tabung Haji. (Dokumen penuh penyata kewangan di sini)
Sementara itu Parti Amanah Negara (Amanah) menuntut Lembaga Tabung Haji mendedahkan sumber pembayaran dividen dan bonus kepada pendeposit bagi tahun 2015, menegaskan ia tidak seharusnya dibuat menggunakan rizab tabung itu yang disahkan Bank Negara Malaysia sebagai negatif. 

 Naib Pengerusi Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Tabung Haji perlu meyakinkan masyarakat yang dividen itu dibayar berdasarkan keuntungan, dan bukannya rizab.

 "Soalan yang lebih asas tidak terjawab. Iaitu, bagaimana bonus dikeluarkan dalam keadaan mereka membayar dividen lebih daripada keuntungan yang mereka perolehi?

 "Kami minta Tabung Haji telus memberikan kaedah dividen itu," katanya di sini  
Kita tunggu komen selanjutnya daripada Rafizi sekembalinya dari luar negara nanti.
Comments
1 Comments

1 comment :

tanya sama itu hud hud said...

Tetapi,
Yang duk sokong kuat tabung haji ni PAS pulak..
Teserlah sifat broka dan barua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...