GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, February 15, 2016

Tan Sri Khalid Abu Bakar jangan tidur, siasat siapa yang menghasilkan video-video “pengakuan Sirul


  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa menyiasat pihak di sebalik rakaman video tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar yang disiarkan media.

 Mengulas video yang dilaporkan Malaysiakini sejak beberapa minggu lalu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pendedahan bekas anggota polis yang berdepan hukuman gantung itu telah meninggalkan soalan yang belum dijawab.

 Walaupun Sirul dilaporkan berkata beliau merancang untuk mendedahkan cubaan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembunuhan itu, Lim berkata bekas pegawai polis itu perlu menjawab soalan mengenai identiti pihak yang memberikannya arahan.

 "Saya juga ingin menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tangkapan ke atas mereka yang berpakat dengan Sirul dalam menghasilkan video-video “pengakuan” itu untuk menyiasat siapa arah bunuh Altantuya.

 "Sebelum Sirul dan rakan subahatnya yang menyimpan rakaman pengakuan Sirul itu mendedahkan video terbabit, seharusnya Sirul terlebih dahulu menjawab lima persoalan yang melibatkan kepentingan awam," katanya pada kenyataan media.

 Persoalan tersebut, katanya adalah:

 1. Siapa yang mengeluarkan arahan pembunuhan Altantuya? 

 2. Apakah imbalan atau upah yang dijanjikan untuknya selepas Altantuya dibunuh? 

 3. Siapa yang memberi kebenaran untuk menggunakan letupan C4? 

 4. Siapa yang mengatur laluan keluar Sirul ke Austalia tanpa memaklumkan pihak berkuasa? 

 5. Berapa banyak arahan bunuh yang telah Sirul laksanakan, dan siapakah mangsa-mangsanya?

 Sirul dan rakannya, Ketua Inspektor Azilah Hadri dihukum gantung sampai mati tahun lalu oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah membunuh Altantuya dalam satu perbicaraan panjang.

 Kedua-duanya didakwa membunuh Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam antara 10 malam dan 1 pagi pada 18 dan 19 Julai 2006. Tertuduh ketiga dalam kes itu merupakan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda yang juga rakan baik kepada Najib.

 Abdul Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 dan pendakwa memilih untuk tidak merayu pembebasan beliau.

 Sirul berjaya melepaskan diri ke Australia selepas pembebasan awal oleh Mahkamah Rayuan dan kini ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney.

 Azilah kini berada di Penjara Kajang menunggu hukuman mati dan telah memfailkan pengampunan.

Komen al-Husseyn :

  Menariknya tentang rakaman vdo Sirul ini ialah siapakah orang yang mendapat hak istimewa untuk menemubual dan merakamkannya dalam kawasan pusat tahanan Imigresen di Villawood, Sydney ?

Sedangkan seorang Pegawai Perhubungan Awam jabatan tersebut yang hanya menamakan diri sebagai David sewaktu menjawab pertanyaan Astro AWANI melalui kiriman e-mel rasmi berkata :

 “Secara amnya, jabatan ini tidak akan mengelolakan sesi temu bual dalam kawasan penahanan atas faktor operasi. Namun, individu yang ditahan bebas untuk menghubungi media mengikut kehendak mereka.” 

  Jabatan tersebut telah menafikan pihaknya pernah memberi izin kepada sebuah stesen televisyen Australia untuk menjalankan temu bual pendedahan dengan Sirul Azhar. ~ sumber

Pernyataan dari Sirul Azhar Umar di mahkamah dulu : "Selepas membuang air kecil, dia melihat senjata yang saya pegang saya melihat bahawa dia berada dalam keadaan takut dan dia merayu tidak membunuhnya dan berkata dia mengandung . Pada masa yang sama, Azilah.. bergelut dengan wanita itu jatuh ke tanah dan saya dapat melihat dia telah tidak sedarkan diri. Saya melepaskan tembakan ke arah sebelah kiri kepala wanita itu."

Namun dalam video yang lalu, Sirul berkata Altantuya tidak mengandung. Ini jelas bahawa Sirul telah dibeli....

 Mengapa pembunuh ini telah mengubah cerita asalnya di perbicaraannya bahawa dia telah dijadikan kambing hitam oleh orang yang berkuasa?

 Sarawak Report melaporkan, bagaimanapun, peguam Sirul (yang telah dibuktikan adalah orang UMNO) mengharamkan semua lawatan kecuali daripada mereka. Oleh itu, video ini dirancang oleh peguam UMNO Sirul, yang merupakan satu-satunya pelawat yang dibenarkan.


  Saya nak 15 juta Australia, seumur hidup saya tak
akan ke Malaysia lagi boss. Saya tidak akan
berkata apa-apa ....
 Ia berbeza dengan mesej yang terdapat pada telefon bimbit Sirul sendiri selepas dia ditangkap, yang kemudiannya diperolehi oleh Al Jazeera, sebelum Sirul ditahan di Australia. Beliau telah menuntut berjuta-juta dolar daripada kontrak UMNO untuk "tidak berkata apa-apa".

 "Dengan cara ini saya tidak akan menjatuhkan PM" kata Sirul dalam mesej-mesej peribadi tersebut.

 Najib mengugut untuk menyaman Al Jazeera pendedahan tersebut dan kemudian tidak pernah berlaku.

  Adakah Sirul telah dibayar dan dijanjikan pengampunan sebagai balasan untuk bekerjasama dalam strategi alternatif ini?

   Patutlah Sirul berasa kecewa bila ibunya dibawa jumpa Dr Mahathir .... Hasnal Rezua Merican dan Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin selaku peguam Sirul tentu lebih arif mengenainya. 

  Mereka berdua inilah yang mempunya akses untuk menghubungi Sirul. Apakah mereka ada kaitan dengan rakaman video tersebut?
Comments
2 Comments

2 comments :

Ali said...

Sampai hati manusia ni bunuh seorang wanita hanya kerana wang.jahanam la km dlm neraka.

Anonymous said...

makin lama makin kita terasa sirul ini hanyalah alat penjenayah tersebut..

1. mcmana boleh lepas ke australia sedang dlm tahanan jenayah berat
2. mcmana belanja hidup diaustralia sedangkan beliau kopral gaji tk seberapa
3. kenapa sirul sorang yg kopral terlepas, azilah yg sub inspektor mana? masih ditahan
4. kenapa ckp nk dedah tp tk dedah2. kan dh dpt perlindungan politik disana apa nk
takut.

rakyat merasakan bahawa...

sirul disimpan dan diguna utk tujuan politik.

rakyat mensyaki org itu yg bunuh sebb berkuasa mendapatkan C4.

tapi akhirnya nnti plot ini akan berbunyi.. semua ini kerja Anwar
dan pembangkang utk fitnah org botak itu dan suaminya.

sebb mereka fikir rakyat akan percaya sepenuhnya ckp sirul sebb sirul
diburuh org tertuduh.. sudah tentulah dia akan ckp benar.

ini semua wayang gambar filem tamil.

sirul akan divert cerita menuduh pembangkang. maka terlepas lagilah
penjenayah sebenar.. sementara hidup di dunia

sudahlah sirul.. rakyat tk percaya u dah. money can buy anything and anyone..
kecuali iman org yg benar2 takutkan Allah dan percaya dgn sebnar2 percaya akan hari pembalasan.

ok sirul goodbye lah. we believe our instinct more than you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...