Tuesday, February 09, 2016

TITM dan rombongan PAS percaya kelentong Azeez Mamak??

 
  
  Pada 2 Februari lalu, PAS Pusat telah mengadakan kunjungan ke Tabung Haji untuk mendapatkan maklumat langsung berhubung dengan pelbagai isu kontroversi tercetus melibatkan Tabung Haji. Baca di sini 

  PAS yang diwakili Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain pembesar PAS telah bertemu dengan Pengerusi Tabung Haji Dato Sri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Tabung Haji Tan Sri Ismee Haji Ismail, Dato Johan Abdullah Timbalan Pengarah Urusan, Dato Rozaida Omar Ketua Pegawai Kewangan TH dan beberapa orang pegawai kanan Tabung Haji.

 TITM berkata, “ Secara keseluruhannya penjelasan pihak Tabung Haji telah kami dengar dengan teliti dan insyaallah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini.”

 Merujuk kepada kenyataan TITM diatas itu, jelas sekali menampakan beliau telah berpuas hati dengan apa yang beliau ‘dengar dengan teliti’ dari Tabung Haji, maka sebab itu beliau mengharapkan Tabung Haji dapat memberikan penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat …..

 Tapi sehingga kini kita masih menantikan apakah sikap PAS setelah mendapatkan maklumat langsung dari pihak Tabung Haji.

 Adakah semua mengenai kedudukan kewangan Tabung haji  OK? 

Bahawa pengumuman bonus tahunan 5% dan bonus haji 3% itu bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji adalah kukuh?

 Dan apakah penambahbaikan yang rombongan PAS kemukakan kepada pihak Tabung Haji? Boleh cerita sikit tak?? 

 TITM berkata, “Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanafaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan.”

 Entah apalah yang dikelentong oleh Mamak Azeez dan orang-orangnya, kita pun tidak dapat nak pastikan.

 TITM tidak pula menghuraikan apa ‘penjelasan’ Tabung Haji kepada rombongan PAS itu. 

  Yang peliknya TITM mendakwa, “PAS turut bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam berdasarkan maklumat yg benar dan tepat…” So, tolonglah jelaskan kepada kami semua!

   Rombongan TITM yang mewakili PAS untuk mendapat maklumat dari Tabung Haji terbukti hanya sia-sia dan membuang masa sahaja. Mereka langsung tidak tahu apa yang nak ditanya jauh sekali untuk meneliti dan menganalisa penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2009 hingga 2014. 

 Saya yakini, rombongan PAS itu telah menelan bulat-bulat pengumuman keuntungan dan bonus yang diumumkan oleh penyangak-penyangak Tabung Haji dalam perjumpaan itu.

 Rombongan yang pergi seperti Nasrudin Hassan, Dr Khairudin at Takiri,  Nurul Islam, Nik Abduh, Kamaruzaman Mohamad,  malah TITM sendiri bukan ada kepakaran dalam soal mengaudit laporan kewangan koprat gergasi macam Tabung Haji ni! Mereka ni semua bak kata orang Negeri Sembilan : Menghabeh bongeh aja!

 Maaf kerana saya tidak pasti mengenai kepakaran yang dua lagi, Prof Zainal Abidin Kidam dan Dr Rosni Adam. 

  Walau apa pun berbeza sekali dengan orang yang ada kepakaran akaunting seperti Rafizi Ramli. Dia telah menulis satu laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji dan unjuran rizabnya bagi tahun kewangan 2015. Eloklah kalau TITM dan pembesar PAS yang berombongan tu belajar serba sedikit atau meninjau ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI  oleh Rafizi Ramli.
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Suka kena tipu adalah salah satu ciri-ciri walaun.

derishitam said...

Alhamdulillah!
perginya rombongan untuk menasihat dan pulangnya bersedia menjadi penyelamat.
IsyaAllah! selepas ini setiausaha Agong akan berkata :"Segala dosa UMNO kepada tabung haji telah dimaafkan".
Apa yang sahih, jika TGNA masih ada rombongan ini pasti tidak berani jijak bangunan tabung haji.
By By PAS.

Anonymous said...

Kalau dah bodoh. Itu ke nasib pas chai now. Patut nye hantor le akauntan auditor or bisnesman. Baru tau baca akaun TH. Ini ostaz pandai kitab je ler. Yg berjubah gaya hadi awe tu kabarnye pandai nengok porno di Germany? Jgn mareh. Saja tanya. Kahkah

otaiblues.blogspot said...

pakar ugama g buat lawatan sambil belajar...telan bulat bulat penerangan dari tabung haji
gabenor bank negara tu tak sepandai pemimpin pas yg pergi tu
gabenor kata salah.depa kata betui...jahanam jahanam

napuhtshirt said...

Sepatutnya DAP yg pergi menyiasat Tabung Haji... Ahli2 DAP diakui ada kepakaran kerana boleh dikatakan peratus semua perniaga2 hebat. Ahli Amanah misti setuju cadangan ini untuk kebaikan semua org Islam

nick said...

Rombongan pembesar2 PAS ke Tabung Haji tu bukannya "on fact finding mission" bahkan ianya tak lebih dari "borak kosong sambil minum kopi dan makan karipap". Apa yang pembesar2 PAS tu tau selain dari "lutut dan siku"? Not much else!!! Cuba tanya Si Nasruddin tu, apa yang dia buat masa ikut rombongan MP Malaysia ke Jerman dulu. MP2 lain seperti MP PKR dan DAP bersungguh2 mencari fakta dan belajar tentang politik dan demokrasi kat Jerman tapi Mat Serban tu "demam" tak larat nak bangun pastu duduk terperap kat bilik layan nafsu???

Hal yang sama juga Mat Sarban tu buat masa BN buat taklimat TPPA, tak dak sekor pun "ulamak2" yang mau datang dengar "butir2 TPPA" sebab tak dak sekor pun yang faham apa kebendanya TPPA tu TAPI tup-tup, tuang presideng yang tak datang taklimat (tuang) boleh tuduh DAP suka TPPA dan akan sokong sebab orang cina akan dapat menzalimi orang melayu! Tiap2 sekor adun dan MP PAS tu langsung tak ada guna kepada rakyat. Semuanya hanya nak rakyat tanggung makan minum FOC serta bagi duit dan elaun yang banyak (tanpa buat satu kerja pun) kat diorang supaya diorang dapat rumah besar, kereta mewah dan pompuan yang ramai serah diri kat mereka. Tu jelah yang ada kat dalam kepala hotak diorang yang ditutup dengan sarban tu! Tak dak lain melainkan makan, minum dan membiak!

Nick.
Cape Tiger.

tanya sama itu hud hud said...

Laaa..kaki siaran lucah pun ada sekali?
Kahkahkah..
Kewangan asing dgn pekerja asing pun tak tau beza nak belagak bijak periksa kewangan TH.ada akai ka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...