Tuesday, March 22, 2016

Adakah KPN sokong tindakan provokasi Jamal Ikan Bakar ?

Tindakan provokasi Jamal Ikan Bakar ini dilihat seolah-olah mendapat sokongan Ketua polis Negara yang bertindak menurunkan tiga papan iklan #BebasAnwar  
   Polis hari ini menurunkan tiga papan iklan #BebasAnwar di sekitar Ampang yang menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buluh, Selangor.

 Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga adalah ahli parlimen Ampang berkata tindakan itu adalah provokasi yang sengaja dilakukan untuk mendapatkan respon beremosi daripada kerajaan negeri Selangor meskipun permit untuk menaikkan papan tanda tersebut telah diluluskan oleh kerajaan tempatan masing-masing.

 "Tindakan ini cukup tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila wujud saluran-saluran yang betul yang boleh diguna Ketua Polis Negara jika beliau melarang papan tanda #BebasAnwar itu.

 "Kita nantikan sama ada papan tanda tersebut diturunkan benar-benar di atas arahan bos beliau atau ia merupakan satu isu peribadi antara IGP, dengan Anwar Ibrahim PKR dan rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zuraida, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melampaui batasnya dan berikrar parti itu tidak akan berdiam diri.

 "Beliau perlu bersifat profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai IGP dan tidak mengganggu hal ehwal pihak berkuasa tempatan," katanya.

 Unsur hasutan

 Bukit Aman pada Sabtu lalu meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor supaya menurunkan kerana didakwa memaparkan unsur-unsur hasutan.
 Khalid menerusi akaun twitter berkata polis sedang mengesan papan tanda itu yang didapati mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat.

 "@PDRMsia kesan billboard (papan iklan itu) dengan kata-kata menghasut dan mengelirukan rakyat yang merujuk DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai 'Tahanan Politik'.

 "Pada masa sama, PBT diminta turunkan billboard yang menghasut," katanya.

 Selain itu, katanya polis sedang mengambil tindakan terhadap Pengerusi NGO Selangor Datuk Jamal Md Yunos kerana mengugut untuk membakar papan iklan #BebasAnwar.

 Maksud peliwat

  Rabu lalu, Jamal yang mengetuai sekumpulan individu menampal kain rentang di papan tanda #BebasAnwar di Ampang Jaya sebagai tanda protes selain mengugut untuk membakarnya.

 Jamal berkata kandungan papan iklan itu mencabar keputusan mahkamah terhadap Anwar.

  Beliau sebaliknya, menaikkan kain rentang sepanjang dua meter itu untuk menerangkan maksud 'peliwat' dengan agak terpeinci. 

 "Anwar Ibrahim adalah pesalah peliwat yang telah dijatuhkan hukuman.

 "Maksud peliwat adalah: Anwar Ibrahim memasukkan batang zakarnya ke dalam lubang dubur lelaki secara paksa," tulis kain rentang tersebut.

 Beliau mendakwa terdapat lebih 20 papan iklan itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di Subang dan Rawang.

 Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukum penjara lima tahun terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. ~ sumber

  Komen al-Husseyn :

  Negara ini macam sudah tidak ada undang-undang.Kalau benar kandungan papan iklan itu mencabar keputusan mahkamah terhadap Anwar sebagaimana yang didakwa, kenapa tidak diambil tindakanmelalui undang-undang? Kenapa perlu bertindak sendiri?

   Pihak polis dilihat seolah-olah menyebelahi tindakan Jamal Ikan Bakar apabila mengklasifikasi papan tanda #BebasAnwar itu mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat.

   Polis belum pun selesai menyiasat Jamal Ikan Bakar , tapi polis telah bertindak menurunkan 3 papan tanda #BebasAnwar. Polis seolah-olah nampak bersetuju dengan tindakan Jamal Ikan Bakar yang cuba membakar papan tanda #BebasAnwar.

  Polis adalah pelaksana undang-undang dan mahkamah adalah yang sepatutnya berhak untuk memutuskan samada papan tanda tersebut mempunyai unsur hasutan atau tidak.

   Sewaktu protes gereja Taman Medan pada April 2015, Datuk Abdullah Abu Bakar, ketua cawangan Umno Taman Lindungan Jaya telah mengepalai protes yang ekstremis dan bersifat gasar.

   Dia telah mengarahkan gereja tersebut menurunkan tanda salib.Dia hanya ditahan sekitar empat jam untuk disoal siasat tentang penglibatannya dalam protes terbabit; berbeza dengan (layanan terhadap) pemimpin Pakatan Rakyat seperti seorang Exco Selangor yang ditahan sehingga tiga hari dan wartawan yang ditahan semalaman dalam lokap polis.

   Rupa-rupanya Datuk Abdullah ini adalah abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Sila saman KPN

Anonymous said...

Makan gaji sbb nak jaga perut tu jadinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...