GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 01, 2016

AMANAH sedia kerjasama dengan Tun M ‘hasut’ rakyat tolak Najib

      Oleh Faiz Zainudin
Kerjasama itu menerusi siri jelajah seluruh negara untuk menerangkan
kepada rakyat kemelut yang dihadapi Malaysia ketika ini.
   Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ‘menghasut’ rakyat menolak Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata kerjasama itu bukan untuk kepentingan politik sebaliknya sebagai tekanan kepada Perdana Menteri supaya meletak jawatan.

 Katanya, AMANAH juga sedia bergerak seiringan bersama Dr Mahathir melalui siri jelajah untuk menerangkan kepada rakyat kemelut yang dihadapi negara ketika ini.

 “Kita sedia bekerjasama dengan Tun M dan dengan semua pihak. Semua pihak bertanggungjawab melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah negara setelah Perdana Menteri ‘culas’ melaksanakan tanggungjawab.

 “AMANAH juga bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa. AMANAH juga mendesak agar reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik,” katanya dalam sidang media hari ini.

 Mohamad berkata, AMANAH juga akan menyertai perhimpunan anti-Najib yang akan diadakan 27 Mac ini.

 Mengulas mengenai perbincangan antara AMANAH dan Dr Mahathir semalam, Mohamad berkata ia hanyalah perjumpaan biasa, malah tidak ada perkara yang serius melainkan sebagai sokongan bersama bagi menyelamatkan negara.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...