Wednesday, March 16, 2016

'Blok Ketiga PAS' : Gelong lagi Ding - Dong!


  Pas yang selama ini mengaku yang ia lebih kuat bila bersendirian, tiba-tiba buat kejutan mahu menjalin kerjasama dengan sebuah parti bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

  Demikian yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 10 Mac lalu.

  Tanpa menamakan parti itu, beliau berkata, "Kami adalah blok ketiga. Dalam Perlembagaan (Pas) kami boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang sama dengan kami. Perjuangan dan tuntutan yang sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.(di sini)

  Bekerjasama dengan 'yang mempunyai pandangan yang sama dengan kami. Perjuangan dan tuntutan yang sama' - Menarik sungguh ungkapan Taki ini. Agaknya parti dan Ngo manalah yang dimaksudkan oleh Setiausaha Agong Pas ini??

  Pada hari keesokannya pula, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razalimendedahkan, Parti Ikatan Bangsa Malaysia merupakan antara parti yang dijangka bekerjasama dengan parti tersebut.

 “Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan dan Umno. Sebagai contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, ada NGO (badan bukan kerajaan) yang tidak masuk parti seperti Kongres Rakyat,” katanya di sini.

  Kah! Kah! Kah! Betul ker parti Ikatan tu mempunyai pandangan yang sama dengan Pas? Perjuangan dan tuntutan yang sama dengan Pas? Korang fikir-fikirlah sendiri! Cumanya tentu ramai yang akan geli hati! Memang dalam Pas ramai Pak Lawak!!

  Hoit! Tiba-tiba dakwaan at-Takiri dinafikan oleh Kadir Sheikh Fadzir .....

 Portal The Star Online melaporkan penafian Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengenai perkara itu. "Tidak, ia tak benar. Kami rapat dengan PAS tetapi kami tiada hubungan rasmi," katanya.

  Kesian dengan Pas....ibarat hidung tak mancung tapi pipi disorong-sorongkannya.

  Setelah memisahkan diri dari Pakatan Rakyat dan mengaku jadi lebih kuat, tapi tanpa ada rasa malu, masih tergila-gilakan untuk bersama PKR di Selangor.

   Kenapa Pas tidak berani keluar dari kerajaan Selangor hari ini untuk membuktikan 'politik matangnya' sebagaimana dakwaan Dr Zuhdi bahawa kewujudan blok politik ketiga yang ditaja oleh PAS kononnya akan menyuburkan demokrasi dan memperkukuhkan sistem semak imbang dalam pentadbiran negara.

  Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu berkata, dengan wujudnya blok politik ketiga tersebut, ia akan lebih membawa ketelusan seterusnya kesejahteraan kepada negara dan rakyat.

  Kenapa mahu tunggu sehingga PRU ke-14 nanti baru nak tubuhkan ‘Blok Kuasa Ketiga’?

  Pas sepatutnya membuktikan teorinya itu di Selangor dan juga dalam menghadapi PRU Sarawak yang dijangka akan berlaku menjelang April ini. Dan apakah Pas juga akan menaja tokoh-tokoh dari NGO seperti Ibrahim Ali,  Rani Kulup dan Ali Tinju menjadi calon Pas memandangkan mereka sebagai ahli NGO tidak boleh bertanding mewakili persatuan mereka.

  Pas tentu gembira bila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji dan mengalu-alukan tindakan Pas untuk menubuhkan pakatan baharu di sini

  Itulah tujuan sebenar Pas yang hanyalah bertujuan menjadi kaldai tunggangan Umno/BN semata-mata.

 Timbalan Perdana Menteri menggosok-gosok kepala kaldai yang mahu menyaingi dan menggugat Pakatan Harapan yang bergabung didalamnya AMANAH, DAP dan PKR.

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan 'Blok Ketiga PAS' itu menggugat PH.
 
   Ketua Biro Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata,“Adalah lebih baik PAS menyertai BN kerana langkah mereka untuk membentuk satu gabungan pembangkang baru dengan penyertaan parti politik dan badan bukan-kerajaan (NGO – non-government organisation) adalah satu langkah yang memang nampak jelas akan memecahbelahkan pihak pembangkang,”

 Khalid juga berpendapat, sehingga hari ini semua langkah politik yang diambil oleh Pas adalah langkah yang mengugat Pakatan Harapan tetapi menguntungkan pihak musuh.

 “PAS sekarang kelihatan sudah tidak tentu arah. Adakah PAS hendak menyebelahi pihak pembangkang atau menyebelahi BN?” tanya Khalid lagi.

  Hj Hadi dan Haron Din sudah lama jawab. Kalian pun sudah tahu.Janganlah kita pula terikut-ikut dengan mereka yang gelong lagi ding-dong!
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Orang yg cedik dapat menilai PAS tiada lagi wibawa untuk menjadi parti politik yg berjuang untuk islam..amalan pas tidak lagi islamiah.lebih baik pas jadi ngo atau satu badan untuk kembangkan syiar islam..

sizzly7761 said...

Pas+Ikatan = Pasik. Satu gabungan nama yg mantap. Hasil dari kelentongan pak lebai terhadap akar umbi yg 'pandir' dan parti cari makan yg memang tidak akan menyokong hudud. Nampak tak betapa Hadi kelentong ahli dengan hudud utk pecahkan Pakatan rakyat kononya DAP dan PKR tolak hudud...alih boleh bersekongkol dgn Ikatan yg juga tolak hudud...huhuhu..lebai yg bijak putar belit menggunakan agama.

Anonymous said...

Politik Matang tontonvi = Politik Pandir tontonvi
Pasik Melingkup PRU14
Pas dah jadi sekular dulu ckp umno sekular

Ritchie Blackmore said...

Peniaga hudud yg tersohor..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...