PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, March 08, 2016

Deklarasi Rakyat tidak ikut maqasid syariah, kata Mahmood Zuhdi

Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang bertujuan untuk mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan adalah tidak menepati kepentingan maqasid syariah kata Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid.

 Beliau berkata, majoriti umat Islam di negara ini yang kini berpecah pada kumpulan kecil yang menyokong parti politik menjadikan kumpulan minoriti menjadi majoriti.

 “Apabila majoriti menjadi minoriti yang terpaksa tunduk kepada minoriti kerana kita telah merujuk kepada kelompok kecil ini bukan prinsip Islam dalam maqasid syariah,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini.

 “ Tetapi saya tidak setuju sebab kita jatuhkan kerajaan dengan cara itu (desak PM lepas jawataan) sekarang dan bukannya pilihanraya.

 “Saya tidak sokong pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat ini kerana akan menyusahkan rakyat.” ujarnya.

 “ Saya amat menyokong kenyataan Haji Hadi (Presiden Pas) yang menetapkan pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan Umno walaupun Umno sudah menjadi musuh ketat Pas zaman berzaman... Baca sepenuhnya di sini

Komen al-Husseyn :

  Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai:

 جلب المصالح ودرؤ المفسدة وإزالة المضرة 
 Maksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan.

  Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani oleh 58 individu jangan sama sekali dianggap remeh dan diperlekehkan.

  Dr Mahmood Zuhdi menganggap  majoriti yang tunduk kepada kelompok kecil (58 individu) ini bukan prinsip Islam dalam maqasid syariah!

 Deklarasi Rakyat yang mengandungi 37 perkara itu jelas mendedahkan salahlaku Najib yang dikaitkan dengan skendal 1MBD.

  Najib telah menyebabkan kemerosotan yang teruk kepada negara kita dari pelbagai segi.

   Maka mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah jalan yang terbaik supaya tidak lagi terus merosakkan negara ini.

  Bahawa deklarasi itu bersetuju dan menyokong untuk :

a) Penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

   Jelas deklarasi tersebut mahu melakukan reform yang menyeluruh menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan. Bukan melalui kacau bilau atau sekadar mahukan Najib turun sebagai PM.

  Suatu perubahan yang hendak dibuat perlu ada permulaan. Seribu langkah takkan terhasil tanpa dimulakan dengan satu langkah. Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula.

  Oleh itu hentikanlah cakap-cakap tukang ampu dan tukang bodek macam Dr Mahmood Zuhdi ini.

 Marilah kita sama-sama menyokong deklarasi tersebut dengan menandatangani petishen yang ada saya link kan di penjuru kanan blog ini.

 Kita menyokong Deklarasi Rakyat ini bukan bermakna kita menyokong Dr M sebagai individu dan membabi buta. Apa yang kita sokong adalah Deklarasi Rakyat yang diinsiatifkan olehnya.
Comments
10 Comments

10 comments :

abrarmujahideen said...

Pencacai agama lagi hina dr pelacur

Anonymous said...

Jadinya Najib yang sebenarnya ikut Maqasid Syariah, macamana seseorang yang bergelar Prof Emeritus Datuk Dr boleh keliru dari segi konteks asal yang dibangkitkan.. erm.. I hereby rest my case..

Anonymous said...

Terlampau lama makan dedak hingga tak boleh berfikir.

Anonymous said...

Deklarasi Rakyat adalah Hilf al Fudul.

Sama ada dia ponteng masa cikgu cerita tentang Hilf al Fudul atau dia dah telan dedak yang baik punya.

Azim Alias said...

Mangkuk kangkung

Anonymous said...

Deklarasi Rakyat tidak perlu pandangan Dr. Mahmood Zuhdi untuk bergerak.

Anonymous said...

Maafkan dia.dia tercekik dengan tali leher yang menjerut lehernya sendiri dan tidak faham apa yang diucapkan .dia tak tahu pun apa yang telah berlaku dalam negara Malysia ini dan apa yang telah di lakukajn oleh pemerintah sekarang .dia hanya tahu main taik

bat8 said...

Heran dengan Najib dan HH....Masa nsk tumbangkan Kerajaan PR Perak dulu Najib xtunggu pun PRU 13.Bila orang nak jatuhkan dia, kena tunggu PRU pulak?....HH pun satu xde pasal2 pi jadi barua Najib dgn pi sokong Najib

Prof ni pun sengal juga....2x5 dgn HH

Ali said...

Prof apa bodoh mcm tu..beli kut mcm zahid tu..

Anonymous said...

Pandangan dari malaun alkontol...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...