Tuesday, March 01, 2016

Himpunan 27 Mac : Pihak penaja tak kemaruk dengan penyertaan PAS!


  Pas Selangor mengambil pendirian yang sama dengan Presidennya, Hj Hadi tidak akan turut serta dan tidak akan mengerahkan ahli untuk menyertai himpunan tersebut.

  Pelik sungguh kenyataan yang di keluarkan oleh Prasad Hanif, Ketua Penerangan Pas Selangor ini.

  Pertamanya, ketika Hj Hadi buat kenyataan untuk tidak bersama perhimpunan 27 Mac itu, telah dinyatakan oleh pihak penaja, Pas tidak dijemput untuk bersama perhimpunan tersebut. 

 Maka tak perlulah nak sibuk-sibuk buat kenyataan membodohkan diri sendiri. Tapi nampak semakin bodoh pula bila ketua Penerangan Pas Selangor ini mengulangi kenyataan bodoh presidennya itu.

  Dan lagi, masa bila Pas berani nak lawan cakap Hj Hadi? Apa yang Hj Hadi cakap, maka itulah keputusan parti. Hinggakan kenyataan bodoh sebegitu pun Pas nak sokong??

 Kemudian Ketua Penerangan itu kata, "Umno dan Barisan Nasional perlu disingkirkan daripada negara secara total.

    Menurutnya lagi, majoriti ahli Umno kecewa dan tidak redha dengan tindakan korup dan otokratik PM Najib. Lantas beliau menyeru semua ahli Umno masuk Pas!

"Oleh itu Pas menawarkan wadah yang syumul berteraskan Islam dan menyeru seluruh ahli Umno untuk berhijrah ke Pas" Baca di sini

   Sedangkan Hj Hadi dah kata, "Pas tak kemaruk kuasa! Pas sedia sokong BN" Macam dia nak melawan taukey pula!

  Sebelum mengada-ngada nak suruh ahli Umno yang marahkan Najib masuk Umno, ada baiknya Pas terlebih dahulu merenungi semula kata-kata mantan Presiden Umno, Tun Mahathir, mengenai  pandangannya terhadap Pas.

"Pas parti yang tiada pendirian, parti sampah," kata Tun Mahathir.

 Itulah jawapan Tun ketika ditanya adakah beliau akan menyertai Pas sekiranya keluar Umno.

  "Pakatan Rakyat berpecah pun sebab depa, apa perjuangan depa pun saya tak tau..."

 Diharapkan, Ketua Penerangan Pas Selangor ini sedar apa yang Tun cakap itu.

 Minta sesiapa tolong bagi tahu Prasad Hanif, pihak penaja tak kemaruk dengan penyertaan PAS!
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Tak jauh bezanya kenytaaan hadi ni.dieluruh negara hentam dan kcam DAP tetapi di Selangor masih makan gulai ikan,ayam dan ada daging babi yang di masak dalam satu periuk. .Pas makan juga juga.apa hukumnya weh?

otaiblues.blogspot said...

dulu sebab ada aruah almarhum tgna.depa segan nk bantah.masa tu..pas cukup bagus.
sekarang ni.dah jadi caca marba..mcm orang mabuk ketum.hancusss

Anonymous said...

Tuan blog kena faham betul2. Ini namanya bodek big boss. Alaaa yg mcm umno dok buat sekarang ni laa. Contoh; ku nan, nazri aziz dan yg seanjing dengannya.

Anonymous said...

org Umno masuk Pas nk belajar Ugama apa yg Pas canangkan Skg Pas nk masuk Umno nk apa ha

Anonymous said...

parti ni.dah jadi Parti Angkatan Sial....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...