GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, March 21, 2016

Hj Hadi dan Umno adalah penyebab kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak

  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, sebaliknya ia disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa blok ketiga pembangkang seolah-olah 'kosong tambah kosong sama dengan kosong'.

 “PAS tidak kosong kerana melalui persefahaman kita berjaya merampas Kelantan, Kedah dan Perak.

 "Jatuhnya Perak bukan kerana PAS tapi sebab DAP dan PKR. Kena ingat itu, bukan sebab PAS lompat. Tapi orang DAP yang lompat,” katanya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Sajer-sajer nak jawab komen bodoh Hj Hadi yang tuduh kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

  Sikit-sikit DAP! kalau bukan DAP tentu Anwar pula yang akan dipersalahkan. Inilah kerjabuat Hj Hadi, mengambil perangai Umno!

   Dia langsung tidak mahu menyalahkan Umno yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak. Apatah lagi untuk mengaku kesalahannya sendiri dalam menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak.

  Hj Hadi juga buat-buat lupa nak sebut pasal kejatuhannya sendiri di Terengganu? Asyik sebut pasal kejatuhan PR di Perak. Nampak sangat dia berdendam dengan DS Nizar dan Ahmad Awang.....

Berikut saya dedahkan bahawa Hj Hadi dan Umno adalah penyebab utama!

  Semua kita pun sudah tahu bahawa Umno adalah samseng yg merampas secara haram negeri Perak. Umno tidak sabar dan tidak boleh menerima kekalahan.

  Segala undang-undang tubuh kerajaan habis diredahnya ikut suka hati umno.

  DS Nizar telah berusaha untuk melawan kes itu melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berjaya mendapatkan semula kedudukannya.

 Namun selang beberapa hari kemudian, Mahkamah Rayuan telah membatalkan peghakiman tersebut dan mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

  Sudah tentu ada tangan tangan ajaib memainkan peranan mempengaruhi keputusan ini.

  Apakah Hj Hadi turut bersetuju dengan kepincangan tersebut semata-mata kerana hajat untuk melihat Kerajaan Perpaduan Umno-Pas wujud di Perak?

 Benarkah PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009?

 Sebenarnya, secara tidak langsung Hj Hadi dan Haron Din telah turut sama terlibat menjadi penyumbang kepada kejatuhan kerajaan PR di Perak.

   Ketika Pas Perak bersama DAP dan Keadilan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Haron Din telah menghubungi Ust Ahmad Awang dan telah menghasutnya supaya keputusan itu difikirkan semula.Dia mahukan supaya Pas bergabung dengan Umno!

  Ust Ahmad Awang tetap bertegas dengan keputusan asal yang telah dibuat dan telah menolak begitu sahaja ajakan Umno untuk mernubuhkan kerajaan Melayu Islam di Perak.

  Walaupun begitu, Umno tidak terus kecewa dan duduk diam begitu sahaja. Apabila gagal pelan A. Mereka ada pelan B dan seterusnya.

  Maka dihasutnya 3 katak di Perak dengan menggunakan desas desus bahawa Pas mahu bergabung dengan Umno untuk menjadi kerajaan di Perak... Ini telah mendorong 3 katak di Perak  ini untuk melompat terlebih dahulu sementara ada tawaran dan peluang yang lumayan terbuka kepada mereka...Membuktikan kepada rakyat budaya korup UMNO.

  Inilah punca sebenar bagaimana 3 katak di Perak itu berjaya dihasut oleh Umno supaya melompat. Semuanya adalah gara-gara Haron Din dan Hj Hadi mahu bergabung dengan Umno!
 
  Ust Ahmad Awang turut mendedahkan beliau telah ditawarkan jawatan speaker oleh Umno jika bersetuju mewujudkan kerajaan campuran.Kalau Ust Ahmad Awang bersetuju bergabung dengan Umno, tentulah lainlah ceritanya sekarang....

   Kerajaan Perpaduan tajaan Haji Hadi dan Haron Din di Perak tentu berkekalan hingga ke hari ini!

Dan sudah tentu Hj Hadi tidak akan menyalahkan DAP !
Comments
15 Comments

15 comments :

Myshah said...

Woi husein. Jangan buat komen bodoh la. Mana bukti kamu... bermain dengan aidaian semata. Yzng terbukti 3 latak tu dari dap dsn pkr.

Anonymous said...

Mak oii marah beno tu..mm geng walakontol ke ni?

tok janggut said...

Kerajaaan Terengganu PAS tumbang kerana ada yg lompat atau saje serah semula pd UMNO atau PAS Terengganu mmg lemah dalam mentadbir..

Anonymous said...

Oh macam tu cerita sebenarnya.. saya percaya cerita ini kerana datang dari merekayang dalam PAS. Rupa rupanya dua orang ulamak itulah yang memecah belah dan menyokong kezaliman.. huh sungguh tak sangka.
Ya memang benar manusia itu lemah dan penuh kekurangan... TQ Ancient Mariner.

Anonymous said...

Buktinya ialah pendedahan ustaz Ahmad Awang (dulu PAS)..

air gunung said...

Hehe..
Marahnya dia kat tokey blog..
Baca la dgn hati
Bkn kepala lutut..
Itu psl dok hoi hoi
Lainkali baca dr ats smpai abis..
Insya Allah dok maroh2 myshah yer.

Aiman Ahmad Kamal said...

Husin,

Kalau ahli DAP Dan pkr tidak berpaling tadah, semua kes mahkamah tu x ADA. Walaupun saudara tidak suka haji hadi tulislah dengan berhemah. Nasihat saya, kalau berlebih sangat, nanti orang tak sokong kita. Orang atas pagar, dia lihat akhlak kita. Kalau pun hj haji tu tidak sopan, tuan mesti tunjuk tuan lagi baik daripada beliau. Pada saya Cara tuan menulis menjadi beban kepada pharapan. Mohon tunjuk contoh yg baik sesuai dengan usia tuan. Wassalam

duke tensia said...

Hadi ni mmg tak guna....dulu kini Dan selamanya ....menyusahkan UFN Dan TGNA nak menjawab statement bodoh Dari dulu lagi...skrg dah tak da org nak cover kecuali walaunta bangang ...ada sekor kat atas...

Anonymous said...

Kamulah yang sebenarnya bodoh Myshah, tidak mengikuti dengan dekat peristiwa Najib membeli ADUN PKR dan DAP serta pihak istana ketika itu. Apa yang kamu tahu tentang keterlibatan Gamuda dalam isu tersebut?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Aiman Ahmad Kamal, ahli DAP Dan Pkr berpaling tadah telah pun saya nyatakan puncanya.Mungkin betul atau tidak terpulanglah untuk difikirkan. Kejatuhan Pas di Kedah juga adalah berpunca dari Hj Hadi yg enggan menukarkan MB seperti mana yg telah dijanjikan.Pas akan terus lingkup kerana kelaku Hj Hadi.Adakah akhlak Hj Hadi baik sangat?Kamu tolonglah nasihatkan dia...

Anonymous said...

Sokong semua diatas, hadi mmg bodoh.

Anonymous said...

Hj Hadi langsung tidak menampakan akhlak seorang ulama dengan menuduh DAP sebagai punca kejatuhan kerajaan PR di Perak. DAP tidak pernah merestui katak yg melompat dan telah cuba mengambil tindakan melalui surat perletakan jawatan katak tersebut tetapi telah ditolak oleh SPR.Katak yang seekor itu melompat bukan mewakili DAP.Tidak sbagaimana Hj Hadi melompat sokong Umno/BN dgn seluruh walaun Pas!

Anonymous said...

semasa pas bersama pr dan mendapat undi cina dap, hadi tikam dr belakang dgn cuba bentuk kerajaan melayu bersama umno. skrg makin jelas hadi nak bentuk kerajaan melayu bersama umno najib. ahli pas, WAKE UP, kecuali kamu pun berjuang assobiyah demi bangsa

Anonymous said...

Adi bawang tu memang presiden paling bodoh

Alhusseyn Alhusseyn said...

Mulanya Nizar Jamaludina ditawar jawatan Menteri Besar (MB), kemudian 4 jawatan Exco di peruntukan kepada PAS dengan syarat mereka menyertai UMNO. Umno telah menggunakan Mufti Perak, Pegawai Pembangunan Perak, abang Nizar sendiri Dato Ikram Jamaluddin untuk memujuk Nizar menyertai Umno bermula pada malam 8 Mac 2008. Kesemua tawaran ini Nizar dan rakan-rakannya tolak. Akhirnya Umno cuba mempengaruhi Pesuruhjaya PAS ketika itu Ustaz Ahmad Awang untuk memaksa 6 orang Adun PAS menyertai Umno, tetapi gagal. Mufti Perak di peralatkan untuk bertemu dengan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi Awang bagi tujuan sama tapi juga gagal.

Di pihak Haron Din pula, beliau telah menghubungi Ahmad Awang. Semua orang tahu sebab Ahmad Awang telah dedahkan dalam muktamar.

Episod ini macamlah dgn kes pembunuhan alTantuya.Yang kita nampak dua anggota polis tindakan khas itu yang bunuh...tapi korang sendiri tahulah.... begitu juga dgn kes ini, yang kita namapak 3 katak tu yang lompat....tapi yang buat komplot sebenarnya ialah Geng UG!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...