Sunday, March 20, 2016

Hudud : Pas tidak ghairah seperti dulu; Pas serah kepada Kerajaan Pusat !


   Kesian dengan mereka yang berpendirian macam Ust Idris Hj Ahmad ini… dia masih tidak memahami dan percaya bahawa Pas sudah tidak begitu ghairah nak memperjuangkan Hudud. Bacalah apa yang Setiausaha Agong Pas katakan itu.

 Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Hj Ahmad berkata tidak masuk akal, PAS menolak hudud di dalam perjuangannya apabila membentuk blok ketiga bersama Parti IKATAN pada 16 hb Mac 2016.

 Tapi kenapa masuk akal Ustaz Idris, bahawa Mat Sabu, Khalid Samad, DS Nizar, Hanipa Maidin dan lain-lain yang masuk Amanah tu menolak hudud?

  Wahai Idris, yang sebenarnya tidak ada siapa pun yang tuduh Pas tolak Hudud. Kami bukan macam kebanyakan ustaz-ustaz Pas yang semborono tuduh orang lain tolak Hudud.
 

   Kamu jangan nak putar belit. Yang jadi viral sekarang ni dan yang orang ramai perkatakan ialah pendirian baru Pas bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan atau ditangguhkan atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

 Bukankah perkara yang ini juga pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah?

  Inilah yang menjadi persoalan ramai. Kenapa kalangan pemimpin Pas yang ada hari ini tuduh kalangan professional, Pakatan Rakyat yang berpendirian bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan atau ditangguhkan atau dilaksanakan secara beransur-ansur, sebagai menolak Hudud?

 Pas sanggup menyingkirkan kalangan professional dan memecahbelahkan PR semata-mata kerana menuduh mereka semua menolak Hudud.

 Pas tuduh DAP tolak Hudud dan tuduh kalangan professional kesemuanya itu ikut apa yang DAP perjuangkan – menentang Hudud.

 Pas melepaskan dirinya berada dalam kalangan pakatan yang kuat yang telah terbukti dapat menggerunkan Umno/BN, tapi kini memilih sebuah parti yang lemah, yang akar umbi pun tak mandang …ada yang ngabo, ahli Ikatan ada 79 orang sahaja...hahaha! senanglah kalau Dr Zuhdi nak jentik nanti!

Berikut pula komen dari Ust Che Ibrahim Mohamed di fesbuk :
 
Al Fadhil al ustaz YB Tuan Haji Idris Ahmad, rakan seperjuangan ku semenjak kita sama2 di pusat pengajian tinggi lagi....

 Kalau enta merasakan tidak masuk akal Pas tolak hudud, maka begitulah juga pendirian kami sekian lama, tidak masuk akal seorang muslim yg beriman kpd kitab allah menolak sebutir huruf pun ayat al quran, apalagi menolak hukum hudud.

 Jika seorang muslim Pas dianggap tidak masuk akal menolak hudud, adakah termasuk dlm akal seorang muslim spt ustaz2 baru dlm parti yg telah ana tinggalkan, hari2 menuduh pihak lain menolak hudud ??

 Adakah Pas tidak sedar kedudukan dan kuasa mahkamah syariah ketika mula mula membangkitkan isu hudud sehinggalah setelah dinasihat oleh rakan baru Pas, baru lah Pas tersedar kita perlu perkasakan Mahkamah Syariah dulu sblm berbicara utk melaksanakan hudud? ??

 Ambo tetap yakin, selagi negara masih mengamalkan dwi sistem mahkamah, laluan utk melaksanakan hukum hudud tetap masih berliku wpun kuasa mahkamah syariah diperkasakan kerana masalah sebenar dlm isu hudud ialah mahkamah syariah tidak ada kuasa membicarakan kesalahan2 jenayah kecuali beberapa kesalahan tertentu shj.

 Adakah keadilan Islam akan dpt ditegakkan dan masyarakat akan selamat hanya sekadar mengenakan hukum hudud untuk kesalahan zina, qazaf dan minum arak, sedangkan kesalahan2 lain terus dihukum dgn undang-undang thoghut spt yg sering dilaungkan oleh penceramah2 Pas???
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Tak puas2 memutar alam, esok apa pula alasan lebai2 kangkung ni...

Anonymous said...

Pemimpin2 dan ostad2 pas rasanya berotak kemetot...takfer daya nak pandang jauh sikit drp yg berada di hadapan mata!!

anuariun zaidin said...

Cantik artikal ni..mudah.ringan.bersahaja moga swmua mudah faham

Anonymous said...

Pas ghairah apa plak lps ni

Anonymous said...

Ini strategi pas untuk raih lonjakan dan dilihat jaguh hudud bilamana satu masa nanti pas akan tendang dan pijak lumat ikatan bila berbalah soal hudud.. kesian kadiaq..

Ritchie Blackmore said...

Masalah utama derih ahmed ialah bebal..bebal..bebal...pi makan obat dulu derih ooi !

Ghozali zali said...

Hampa dok komen apa.bukan ka Pas dah cuba bentang ruu hudud tp apa blh buat negara kt tertakluk pd perlembagaan persekutuan yg mn harus diterima oleh pemerintah dahulu br blh ubah perlembagaan atau undang2.yg dok ratib kata Pas selalu u-turn mengenai hudud memang tak faham dan bodoh.

Anonymous said...

En zali..pas bwak private bill tu pun dgr ckap umngok.takda prbincangn pun dgn ajk pusat,ni tuang presideng guna kuasa veto..last2 pling truk tuang presideng gi jepun wktu ia dibentangkn.hudud tu pun bukn yg ori..akta 355 kanun jnyah syariah je.tu yg wat ahli tak stuju.bab pas slalu u turn dh trbukti pun.sblum ni gtau org sapa tolak hudud kapir.munafik haraki n mcam2 tpi kena dgn ikatan blh lak ckap hudud tngguh.tak ke tu u turn namanya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...