PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, March 18, 2016

Kenapa MB Kelantan cuti mengejut?


  KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berhak mengambil cuti seperti mana pemimpin lain. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata cuti Menteri Besar Kelantan itu tidak perlu dikaitkan dengan sebarang isu. 

"Saya tidak tahu berapa hari beliau bercuti, itu perlu dirujuk kepada Pejabat Menteri Besar," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Ab Fattah turut mengesahkan Ahmad Yakob mula bercuti selepas mesyuarat EXCO, Rabu lalu. 

 Media sosial melaporkan khabar angin Menteri Besar Kelantan mengambil cuti peribadi selama 15 hari yang didakwa mungkin mempunyai kaitan dengan pergeseran antara Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa. 

 Husam sebelum ini secara terbuka mendakwa Mohd Amar menjadi punca kepincangan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan. ~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

knp perlu dia ambil cuti semasa dewan bersidang. tugas dia adalah utk ada didewan. bukan hari2 pun. lain kali, cutilah ketika dewan tak bersidang. kan ada jadual...

kalau tak dtg dewan masa persidangan, itu kira pontenglah... makan gaji elaun buta. elaun naik tp tahap kerja mcm tu jg...

ikutlah sunah presideng mung tu...

Anonymous said...

Komen husam sangat bisa.susah nak nafikan.baiklah cuti terkejut

Anonymous said...

Bodoh punya exco Fattah. Takkan exco tk tau brapo lamo mb cuti? Dia hallo je mb atau su mb tau ler brapo hari cuti? Ke cuba nk kelentong. Mb cuti sakit rehat atau mau ponteng dewan. Aikk gaji elaun dah naik mau ponteng lagi. Ni dah jd mcm hadi awe. Ingat mb ni timb. Murshidu am pas. Haron din mati dia akan ganti. Huhu. Ingat jgn serah mb kpd nik amar. Hancor kelantan. Huhuhu

Anonymous said...

Sepatutnya nik amar bercuti jugak.. kalau boleh bercuti sampai bila bila..sampai mam_ _ _.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...