Saturday, March 05, 2016

Laporan audit berkaitan 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah penghinaan Parlimen dan pelanggaran hak dan kebebasan parlimen

 Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tidak tahu atas alasan apa laporan audit berkaitan 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

 Sebaliknya katanya, akhirnya laporan audit berkenaan akan tetap di bentangkan di Parlimen.

 “Saya tidak tahu apa alasannya. Tapi pada saya mereka tidak boleh nak sorok semuanya.

 “Lambat laun, ia akan dibawa ke parlimen,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra- pelancaran IIUM Global Home Coming 2016 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

 Semalam, dilaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah mengklasifikasikan laporan audit itu mengikut OSA.

 Semalam, kebanyakan media tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen, iaitu lokasi laporan berkenaan dibentangkan. Hanya media rasmi iaitu RTM dan Bernama yang dibenarkan membuat liputan.

Sementara itu, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata mengapa laporan itu diletakkan di bawah OSA hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu dari pihak kerajaan.

 “Saya berasa itu agak aneh juga tapi mesti diletak jawapan kerajaan kenapa diletak di bawah OSA, mesti dihurai…

 “Jika tidak saya fikir banyak persoalan yang nanti akan melemahkan situasi wujud di sekitar kita,” katanya dalam media yang sama.~ Sumber
 
  Sementara itu, Ketua pembangkang parlimen, Lim Kit Siang menerusi tulisan di blognya menggesa Pengerusi Kira-Kira Jawatankuasa (PAC) Datuk Hasan Arifin mengusulkan atas nama PAC di Parlimen yang akan bersidang pada hari Isnin ini untuk mengecam Eksekutif kerana pengelasan laporan audit akhir Audit Negara mengenai 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana sau penghinaan Parlimen dan pelanggaran hak dan kebebasan parlimen.

 Menurutnya, alasan yang diberikan bagi klasifikasi Audit Negara mengenai 1MDB bukan sahaja tidak boleh diterima, malah ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

  "Sebagai contoh, laporan interim Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah disampaikan kepada PAC pada Julai tidak pernah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

 "Mengapa ia perlu untuk mengklasifikasikan laporan Ketua Audit Negara akhir ke atas 1MDB di bawah OSA, penghinaan keatas Parlimen yang perlu dicabar oleh Ahli Parlimen pada kesempatan yang pertama boleh digunakan, iaitu pada hari Selasa pada 8 Mac." Baca lagi di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Untuk menutup kesalahan yg terjumpa dan fakta yg diperolehi mungkin tidak sama dengan pendedahan Tun Madey..

Ali said...

Rais yatim sbb apa di letak bwk OSA pun ko tak tau ke...bodoh sgt la ko ni...semua org tau kenapa...kenapa ko tak tau? Bangang ke apa? Cer cita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...