Friday, March 11, 2016

Lim Kit Siang dedahkan rahsia beliau bekerjasama dengan Mahathir

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang menolak dakwaan yg melabelkannya sebagai  hipokrit kerana bersama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

 Lim, yang telah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun, berkata dia sudah terlalu tua untuk menjual prinsipnya.

 "Hiprokit? Ada orang tuduh saya tidak mempunyai prinsip, bahawa saya oportunis.

 "Selama 50 tahun, saya tidak pernah tertarik dengan jawatan dengan gaji besar. Saya sekarang 75 tahun, tidak banyak lagi masa untuk aktif, jadi tidak ada sebab mengapa saya akan terdorong dan tertarik sekarang," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara Selasa lalu.

 Lim berkata beliau bekerjasama dengan Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tindakan itu demi kebaikan negara ini.9 "Menjadikan rakyat lebih bersatu, masyarakat yang adil dan negara makmur adalah prinsip yang saya pegang seluruh hidup saya," katanya.

 Menurutnya, bahawa bekerjasama dengan Mahathir tidak bermakna beliau telah melupakan mengenai tindakan lalu bekas perdana menteri itu.

 Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, adalah penting untuk tidak dikekang oleh peristiwa lampau dalam usaha untuk menyelamatkan negara ini.

 "Terdapat kesalahan pada masa lalu tetapi kita perlu putuskan apa yang lebih mendesak sekarang dan untuk masa depan atau pun memberi tumpuan kepada masa lalu," katanya.

 Lim dan Mahathir adalah seteru politik ketat sejak beberapa dekad lalu.

 Penampilan mereka bersama-sama pada majlis pelancaran gerakan Selamatkan Malaysia, Jumaat lalu mengejutkan ramai pihak dan kedua-dua mereka dituduh mengkhianati perjuangan masing-masing. ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Ini yg nakutkan najib dan puak2 tembolok dalam umno apabila rakyat dari pelbagai lapisan bersatu sehingga tv terpaksa mengadakan rancangan khas untuk melawan deklarasi rakyat walaupun isi mereka tiada integriti dan tidak mencabar kesahihan isi deklrasi tersebut.blogger umno juga hanya menyerang individu...mereka gagal membuktikan dan meyakinkan rakyat isi deklarasi adalah bohong dan fitnah kerana fakta yg digarap oleh Tun m cukup bisa..Tun m tidak menuduh tanpa fakta dan ketelitian sejak beliau menjadi pm lagi.hanya orang yg tidak berintegriti sahaja boleh menafikannye..

salwah syahnas said...

After scorpene, Altantuya and now 1MBD but still there are bunch of bloodyfool citizens who are inter protecting the government,,and many more nonsense will come in the near future but still there some jokers supporting the wrong doing PM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...