PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, March 01, 2016

Mahfuz mahu hadir demo anti-Najib


   Ketika presidennya memilih tidak hadir dalam perhimpunan menolak Datuk Seri Najib Razak 27 Mac ini, Datuk Mahfuz Omar menjadi pemimpin pertama parti itu mengambil langkah berbeza.

 Mahfuz hari ini berkata akan hadir dalam perhimpunan itu “atas keinsafan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab”.

 “(Langkah ini) bukan kerana anti terhadap batang tubuh Najib dan ahli Umno, tetapi kerana kasih, sayang dan cintakan Malaysia dan rakyat termasuk ahli-ahli Umno,” katanya.

 Mahfuz, anggota parlimen Pokok Sena, berkata perasaan cintakan negara menuntut beliau menyertai kempen 'selamatkan Malaysia', yang baginya sebahagian tuntutan perjuangan Islam.

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang  kelmarin dilaporkan berkata tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya perdana menteri melepaskan jawatan.

 Katanya, walaupun beliau anti-Umno, beliau tidak anti orang Umno, lapor Sinar Harian.

 Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, tindakan Hadi itu menepati kriteria budaya politik matang yang sedang diterajui parti Islam itu.

 Perkukuh cengkaman9 Dalam kenyataan hari ini, Mahfuiz berkata pengunduran Najib adalah keperluan negara kini dan kegagalan pengurusan negara berpunca daripada beliau.

 “Apa yang dilakukan Najib hanyalah memperkukuhkan cengkaman kuasa politiknya dengan pencabulan terhadap undang-undang dengan melakukan pindaan atau memperkenal undang-undang baru yang zalim,” katanya.

 Beliau juga menyifatkan percaturan politik dalam negara, termasuk penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) daripada tugas sebagai timbalan presiden Umno bukan menyelamatkan negara dan rakyat.

 “Najib terus memperkukuh dan menghidupkan Umno untuk cengkaman kuasanya memerintah Malaysia.

 “Memerintah negara mengikut telunjuknya bukan mengikut landasan keadilan, kehendak dan keperluan hidup rakyat,” katanya.

 Bekas naib presiden PAS itu berkata Pengunduran Najib tidak boleh ditangguh kerana akibatnya negara akan terus mengalami kerosakan dan rakyat akan terus dihimpit penderitaan.

 “Reformasi institusi perlu disegerakan bagi menyelamatkan Malaysia,” katanya.

 Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat menganjurkan perhimpunan tertutup 1,000 orang bagi mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac depan. ~ sumber

Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Tahniah Dato'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...