GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, March 10, 2016

Malam Solidariti Mat Sabu di Perak


  AMANAH Negeri Perak akan menganjurkan Malam Solidariti Mat Sabu pada 12hb Mac 2016 hari Sabtu bermula jam 8.00 malam di Jalan Pemimpin Kampong Manjoi Ipoh.

 Program tersebut dianjurkan bagi menonjolkan sokongan rakyat terhadap pejuang rakyat ini yang dikenakan saman RM 200 ribu Isu Projek Kad Pengenalan Sabah semasa beliau menjadi Timbalan Presiden PAS tempohari. 

 Program bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan dan persembahan dari anak muda AMAN, AWAN Perak seperti Lan Bilal Masjid, Daie Alias, Imam Muda AlHafiz dan lain lain.

 Selepas itu akan disusul dengan ucapan dari pimpinan Pakatan Harapan Negeri seperti Ketua Parlimen Amanah Tambun,Wakil AMAN, AWAN, PKR dan DAP.

 Antara lain pimpinan yang akan berucap ialah wakil PKR , DAP, Mantan Menteri Besar Perak DS Nizar Jamaludin, Tn.Hj Asmuni Awi Pengerusi Amanah Perak, YB Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai Kelantan yang datang bersama rombongan Amanah Wilayah Persekutuan, Tn Hj. Anwar Tahir Setiausaha Agung Amanah Nasional dan Tn. Hj Mohamad Sabu Presiden Amanah.

 Seorang penyokong tegar Pakatan Harapan, Jutawan Mr Koon akan turut berucap dan difahamkan akan mengistiharkan sumbangan beliau pada malam tersebut.

 Semua ahli dan penyokong Amanah Perak diminta hadir ke program pada malam itu.

 “Jangan ada seorang pun ahli dan penyokong berada di rumah masing masing pada malam tersebut.Ini satu tanda sokongan dan kasih sayang kita pada perjuangan Presiden Amanah Tn. Hj. Mohamad Sabu.” Pesan Rahim Cheng selaku Pengarah Komunikasi Amanah Perak.

 Beliau turut menjemput semua pimpinan, ahli dan penyokong dari komponen Pakatan Harapan DAP, PKR dan rakyat Perak dijemput hadir khususnya untuk mendengar perkembangan terkini isu isu semasa dan perkembangan Selamatkan Malaysia.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...