Friday, March 04, 2016

Menteri Saudi: Dana dalam akaun PM Malaysia Najib adalah pelaburan, bukan derma.


Menteri Saudi berkata dana dalam akaun PM Malaysia Najib adalah pelaburan, bukan derma.

Menteri Arab itu berkata beliau percaya bahawa dana yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu pelaburan dan bukannya sumbangan politik.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata walaupun beliau menerima pendapat Peguam Negara bahawa tiada sebarang salah laku, beliau juga berkata bahawa beliau tidak fikir wang itu datang daripada kerajaan Arab atau bahawa ia adalah derma politik.

"Ia adalah seorang warganegara Arab biasa, saya percaya, dan dana itu untuk pelaburan di Malaysia," katanya dalam satu temu bual dengan New York Times pada hari Khamis (4 Feb). ~ sumber

 Apakah tukang ampu dan tukang jilat ini sudah lupa apa yang telah dinyatakan di atas oleh Menteri Arab Saudi itu mengenai wang tesebut?

Nampaknya, pemergian PM Najib ke Forum Ekonomi Jeddah (JEF) itu telah dijadikan modal untuk menampakkan keakraban beliau dengan Raja Arab Saudi... dan kononnya derma 2.6 juta yang diterimanya dan yang sebahagian besarnya itu telah dikembalikan semula adalah benar.

 Lalu dicananglah bahawa DS Najib berkata benar berhubung derma RM2.6 bilion daripada Arab Saudi apabila menjadi tetamu kehormat dalam kunjungan perdana menteri ke negara itu. Baca lagi di sini

  Sebagaimana yang Tun Mahathir pernah katakan dulu - Tidak ada keterangan yang jelas tentang bagaimana jumlah wang sebesar  itu telah dipindahkan ke dalam akaun Najib, bank-bank yang digunakan oleh orang Arab, sumber dana, urusan penderma - semua ini tidak ada keterangan yang nyata.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kalau nak menipu pada orang yang bodohnya macam Wan Rosli, tentu dia mudah percaya pada pembohongan tersebut. Ingat.....kami tidaklah bodoh macam Wan Rosli tu!

Anonymous said...

Penipu terhurmat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...