PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, March 03, 2016

Muhyiddin : Bekas AG ada bukti jelas untuk dakwa Najib

Sila ikuti rakaman vdo sidang media Muhyiddin di sini
  Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi dakwaannya bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai bukti untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Katanya, sebahagian daripada bukti yang ditunjukkan adalah aliran wang ke dalam akaun bank peribadi Najib. 

 Ini, katanya, adalah maklumat sama dalam carta aliran yang peguam negara sekarang, Tan Sri Mohamed Apandi Ali paparkan semasa beliau ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah laku jenayah berhubung ‘derma’ M2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International yang dimiliki kementerian kewangan.

Muhyiddin berkata Gani memberitahunya banyak lagi tetapi maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan kerana kes tersebut belum dibawa ke mahkamah.

 “Saya tahu ada bukti-bukti jelas yang mengaitkan pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC International tetapi sudah tentu bukti ini tidak boleh dikemukakan secara umum kerana kes belum dibawa ke mahkamah.

 "Apapun saya serahkan kepada Peguam Negara untuk menangani masalah ini," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

  Bukan lagi rahsia

Selain itu, Muhyiddin turut mengulangi bahawa beliau telah ditunjukkan beberapa bukti oleh bekas peguam negara itu.

 "Ada juga beberapa bukti yang ditunjukkan kepada saya. Bukti itu mengenai kemasukkan wang dalam akaun peribadi Najib yang sekarang ini sudah tidak jadi satu perkara rahsia.

 "Dalam gambar ini yang sudah diperbesarkan menyatakan apa saya sebut bukan rahsia lagi sudah terdedah.

 "Ini yang dibuat oleh peguam negara dalam sidang media dia yang baru," katanya sambil menunjukkan salinan berita bergambar berkenaan.

 Sehubungan itu, Muhyiddin berharap agar peguam negara dapat melakukan pendakwaan terhadap Najib memandangkan ia adalah kuasa Tan Sri Apandi Ali.

 Beliau juga menafikan bahawa beliau adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Najib dan mempersoalkan sama ada perdana menteri mempunyai imuniti.

 "Kalau pendakwaan kepada perdana menteri satu konspirasi bermakna perdana menteri kita tak boleh didakwa di mana-mana undang-undang.

 "Adakah bermakna perdana menteri ini imuniti dan tidak boleh didakwa jika dia lakukan kesalahan?" soal Muhyiddin ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

usop ali said...

report polis jer...abis cita..apa barang citer jer...

Anonymous said...

Adakah Malaysia akan pulih dan makmur setelah Najib berundur?.. TIDAK. SAMA SAJA.

PH perlu lançar himpunan Tumbangkan BARISAN NASIONAL bukannya tumbangkan NAJIB kerana di dalam BN itu ada semua penyakit termasuk NAJIB.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...