Wednesday, March 02, 2016

Orang suruh saman, bukan suruh komen!


   Akhiruddin menasihatkan rakyat Malaysia untuk meneliti artikel WSJ itu sebelum mempercayai semua yang mereka baca.

 Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) memilih tajuk yang "selamat" dalam dakwaan terbarunya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mereka tidak mempunyai bukti untuk menyokong laporannya itu, kata wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan.

 "Perhatikan bagaimana editor WSJ memilih tajuk 'selamat' untuk melindungi akhbar itu sekiranya ia dibawa ke mahkamah oleh perdana menteri Malaysia," katanya dalam blognya Rocky Bru hari ini.

 WSJ dalam laporannya yang bertajuk '1MDB Scandal: Deposits in Malaysian leader's accounts said to top US$1 billion', mendakwa deposit ke dalam akaun bank peribadi Najib berjumlah lebih daripada AS$1 bilion.

"Jika WSJ benar-benar serius mengenai kewartawanan, ia akan menggugurkan perkataan ‘said’ atau ‘dikatakan’ dan terus menamakan Najib. "Jelas sekali ia tidak boleh kerana tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk menyokong dakwaan itu," kata Ahiruddin. Laporan di sini

 Macam-macam alasan cara nak spin demi mempertahankan PM Najib yang tidak lagi berdaya nak jawap apa yang didakwa oleh WSJ. Samanlah dan paksa WSJ tunjukan bukti. Belum lagi pergi mahkamah, Rocky Bru sudah mengaku tak boleh saman WSJ hanya kerana perkataan ‘said’ atau ‘dikatakan’

  di sini). Sudah berapa 'Selasa' telah berlalu? Tak juga berani saman!!

 Sejak 5 Julai 2015 lagi Najib kata akan memfailkan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa berhubung laporan mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion melalui peguamnya di Kuala Lumpur.

   Akhirnya penantian 'Selasa' itu muncul pada 2 Nov 2015 - Najib dilaporkan tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau tidak dikenali ramai di Amerika Syarikat maka ganti rugi yang mungkin diterima adalah kecil (di sini)

  Korang terasa nak tergelak atau nak marah bila baca alasan macam ini? Dah dapat RM2.6 bilion pun masih tamak haloba mahukan ganti rugi yang lebih besar?? Sepatutnya yang lebih utama dan penting adalah untuk bersihkan nama dia dan juga rakyat Malaysia dimata dunia! Ngada-ngada betul.Macamlah dah tentu akan menang!!

  Apabila Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali melepaskan Najib daripada sebarang salahlaku, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menggesa Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ. Najib duk senyap juga!

    Mahathir cabar Najib supaya ambil tindakan kalau Najib berasa dirinya benar tidak bersalah sebagaimana yang Peguam Negara canangkan.

"Jika (laporan skandal) itu tidak benar, Perdana Menteri sepatutnya menyaman mereka kerana mengeluarkan laporan palsu.

 "Saya akan terus dedahkan salah laku Najib kerana saya tidak mahu melihat negara ini diterajui seseorang yang sudah banyak lakukan kesalahan," kata Dr Mahathir.

 Malah Mahathir cabar Apandi Ali bersumpah dengan Qur'an.Kedua-kedua mereka menikus tak berani nak jawab pun!

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...