Friday, March 04, 2016

Otai Reformis : Kerjasama dengan Dr Mahathir bersyarat

Kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menentang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dulu bersedia menyokong pendirian pimpinan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu, tetapi bersyarat.

 Pengerusi Otai Reformasi Saari Sungib dalam kenyataannya berkata, keputusan dicapai dalam mesyuarat menjelang majlis menandatangani deklarasi yang akan dibuat Dr Mahathir bersama 40 pemimpin ternama petang ini.

 Saari berkata, syarat paling utama ialah Dr Mahathir perlu menyokong pembebasan Anwar yang pernah dipenjarakannya satu ketika dulu.

 "Dr Mahathir perlu menyokong segala langkah memulihkan sistem kehakiman dan menolak semua akta zalim yang masih diguna pakai," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang itu dalam satu kenyataan.

 Syarat akhir yang dikenakan untuk bersama Dr Mahathir ialah, bekas perdana menteri itu mestilah berusaha mengembalikan hak rakyat termasuk lambang dan identiti keagamaan mereka.

 Petang ini di Kuala Lumpur, Dr Mahathir akan bergabung dengan penyokongnya yang masih berada dalam Umno bersama pemimpin parti pembangkang menandatangani deklarasi menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

 Antara pemimpin Umno yang dijangka menandatangani deklarasi ini ialah bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – 4 Mac, 2016.~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Syabas Otai Reformasi!
Letakkan lebih byk syarat kpd Tun M. Selepas Najib undur pun, Malaysia tetap dlm keadaan yg sama, ada GST, penyelewengan diteruskan dan harga minyak akan naik turun sesuka hati.

Anonymous said...

kita x de Parti ke nk join diorang Masseh perlu diorg sejak dri dulu pda hal kita boleh buat sendiri2 poning den caro camni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...