GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, March 14, 2016

Pakatan Harapan bersama Mahathir adalah wajar, kata Dr Dzul

 Walaupun berbagai tuduhan yang dibuat, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefli Ahmad tetap bertegas memperahankan kewajaran Mahathir untuk bersama Pakatan Harapan dalam megembeling tenaga untuk menumbangkan PM Najib.

 Beliau memberikan reaksinya itu sewaktu bersama dalam Forum "Pembangkang + Pasukan Mahathir : Berbaloikah untuk rakyat? di KLCAH mlm tadi, 13 Mac 2016.

  Selain Dr Dzul, turut menjadi panel forum tersebut adalah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli .  

“Dulu tuan-tuan panggil dia Mahafiraun…Mahafiraun yang dah pencen… tak apa! Kerana hari ini Dr Mahathir mahu buat kebaikan. Beliau setuju utk bersama-sama dgn kita demi kepentingan negara, takkan kita nak tolak dek kerana tuan-tuan dulunya panggil dia segala macam…. dengan segala kesalahan … dengan segala dosa yg dilakukan?” Tanya beliau bersahaja.

 Beliau selanjutnya menjelaskan, hanya ketika Tun Dr M berbicara ttg 1MDB, kemudiannya mantan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno juga berbicara ttg 1MDB, barulah orang Melayu samada di kampong, Bandar atau di pinggir Bandar, buka mata dan mengakui bahawa apa yang dikata oleh Pembangkang sebenarnya adalah betul juga kerana Mahathir sendiri telah membuat perakuan… 

 Menurutnya, dari segi strategiknya, Dr M telah memberikan sahamnya untuk melakukan reform di Negara ini! “Inilah tujuan strategiknya, untuk membawa pencerahan… membawa penerangan kpd kelompok segmen Melayu yang kita perlukan utk mencetuskan perubahan itu!

 “Menyedari hakikat tersebut, dua mangsa utama dalam 22 tahun kepimpinan Tun Mahathir yakni Dato Seri Anwar Ibrahim, Yb Lim Kit Siang telah turut memberikan restu mereka untuk turut bersama-sama dalam gagasan Deklarasi Rakyat utk membawa reform seluruhnya…

 Mereka sendiri bersedia utk menyahut deklarasi gagasan besar ini kerana ianya lebih besar drp Bersih, lebih besar drp Gerak. 

 “Deklarasi Rakyat adalah gagasan bipartisan berbanding Gerak dan Bersih yang hanya merupakan kelompok pembangkang. Ini rentas Pembangkang dan Kerajaan,” tegas Dzulkefli.

 “Kalau dua tokoh besar negarawan ini bersetuju utk bergabung, saya yakin tuan-tuan akan bersama juga! 

“Kerana kalau mereka sanggup ….bukan untuk to forgive and forget…. Bukan to burry the hatchet … bukan sebagaimana dikatakan ‘A new realignment’ – satu langkah politik baru … tidak!”

 Dr Dzul menyifatkan langkah reformasi itu mempunya 3 langkah – Langkah A, Langkah B dan Langkah C. “Dan (jika) Mahathir hanya mahu reform langkah pertama dan dia mahu turun pada sampainya stesyen A, ya….sila turun… 

"Kita mahu reform langkah pertama, kedua dan ketiga! Gelombang yg kita cipta dikalangan rakyat ini akan terus menghempas badai … akan terus bersama ke penghujugnya untuk melakukan reformasi yang menyeluruh kepada Negara ini.

 “Keperluan kita kpd sokongan Melayu, bukan 10 bukan juga 20 tetapi hanya 5 peratus utk swing kpd Pakatan Harapan dlm pilihanraya yg ke-14!

 “Disebut oleh Tan Sri Muhyiddin dlm perhimpunan Agong Umno bahawa dengan hanya 3% Umno akan tumbang!" 

Dr Dzulkefli sangat menyakini seperti mana yg dihajati dlm Deklarasi Rakyat ini dapat dicapai dengan mobilisasi seluruhnya - Pengundi Melayu, bukan 5… 10…(tapi) hampir 12… 13 peratus akan beraleh kpd Pakatan Harapan! katanya.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...