GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, March 19, 2016

PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan

Mohd Fitri Bin Asmuni

   Presiden PAS menegaskan bahawa PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan yang ada pada hari ini. 
Kalau inilah pendirian PAS, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah.

   Saya sengaja tidak mahu memberi komentar segera sejurus selepas pembentukan Blok ke-3 PAS-IKATAN semalam (16.03.2016) untuk mengelak daripada tersilap mengambil berita daripada sumber-sumber yang dianggap separuh masak.

 Saya cuba untuk "observe" dahulu walaupun di media sosial sudah viral mengenai pendirian Presiden PAS dan IKATAN ataupun Blok ke-3 berkaitan perlaksanaan hudud di Malaysia.

 Saya TABAYYUN semua sumber dan maklumat yang ada di sekeliling termasuk dari laporan media, kenyataan media dan laman rasmi PAS sendiri.

 Daripada semua sumber berikut, maka saya memilih (1) kenyataan media Syaiful Hizam, Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan PAS Pusat, sidang media (2) Presiden PAS dan (3) IKATAN, penjelasan (4) Ketua Dewan Ulama PAS dan (5) Ketua Penerangan PAS Pusat sebagai sandaran kerana ianya adalah sumber primer daripada mereka sendiri.

 Maka kesimpulan daripada kelima-lima sumber yang saya rujuk di atas, PAS dan Blok Ke-3 berpendirian bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan dan/atau ditangguhkan dan/atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

 Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama PAS ie. Hudud selepas pembentukan Blok Ke-3 semalam, Presiden PAS menegaskan bahawa PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan yang ada pada hari ini.

 Kalau inilah pendirian PAS, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah.

 Mereka tidak pernah menolak hudud. Mereka tahu apa kesannya kalau menolak hudud. Mereka hanya berpandangan agar PAS menumpukan kepada agenda umum yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat seperti isu rasuah, salahguna kuasa, ekonomi dan kemiskinan. Namun pandangan mereka diperkecilkan, keimanan mereka dipersoalkan dan kesetiaan mereka kepada PAS dipertikaikan.

 Tetapi hari ini PAS terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan AMANAH mengenai hudud kerana mungkin mereka baru tersedar dari tidur bahawa realiti di Malaysia, banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan daripada hanya menumpukan kepada perlaksanaan hudud semata-mata.

 Kalau sebelum ini pimpinan PAS dilihat seolah-olah menafikan kuasa rakyat dan peranan Perlembagaan apabila mereka dengan egonya bercakap bahawa apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi hari ini PAS terpaksa akur apabila Presiden IKATAN sendiri berkata semalam bahawa perlaksanaan hudud kita serahkan kepada kehendak rakyat.

 Malangnya, PAS lebih akur dengan pandangan Presiden IKATAN yang tidak pernah menjadi ahli PAS pun berbanding dengan pandangan bekas pimpinan PAS yang sudah bertahun-tahun menjadi ahli PAS, hidup dalam PAS, berjuang dengan PAS, bersusah payah untuk PAS.

 Sungguhpun begitu, kami yang berada di dalam AMANAH tidak pernah merasa kecewa kerana kami yakin rahmat Allah itu Maha Luas bahawa Islam itu bukan milik PAS semata-mata dan kemenangan Islam itu bukan untuk PAS semata-mata, malah Islam adalah milik semua umat Islam yang cintakan Islam dan kemenangan Islam boleh dianugerahkan kepada sesiapa saja yang ikhlas...

 Maafkan sahabat saya dalam PAS, apa yang saya tulis adalah berdasarkan kepada sumber-sumber anda sendiri.. ~ sumber

# Mohd Fitri Asmuni adalah Timbalan Ketua AMANAH Perak. 
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Pas ni kalau masuk exam takkan pas punye..parti pas patut ditukar dari parti islam kpd parti orang islam kerana islam tak ada parti hanye ugama yg di redhai Allah..cakap nak perkasakan perlembagaan..tau ke pas bagaimana nak perkasakan sesuatu..pertama cakap takbolehputar belit dan kedua tak boleh khianat kawan.ketiga tak boleh rapat dengan musuh..

Anonymous said...

Bila kesihatan terganggu, badan pun dok rok, fikiran lemah, ingatan tenggelam timbul, kopiah merah ganti serban. Sebaik2nya letak jawatan.

Anonymous said...

PAS kini dipimpin oleh individu yang terlalu ego, perasan diri mereka adalah ulama dan tidak pernah pula sedar bahawa mereka sendiri itu amat bodoh melantun-lantun! Nampak gayanya muafakat dengan Ikatan itu tidak akan sampai kemana pun.

Anonymous said...

Ambe tak pernah lagi dengar ucapang atau cakap2 haji hadi yang bernada lembut dan penuh diplomasi, melaingkan ego, keras dan GONG sokmo!!

Anonymous said...

Drp kopiah merah. Baik kopiah hitam. Nampok muda skit. Mgkin kopiah merah ni hadiah drp menantooo ding ayam. Dah sayang menantooo kena lah pakai. Huhuhu

"Nukilan - Aku Prihatin" said...

PAS-IKATAN = PASIK. Parti yg paling bengong dari segi berpolitik. Tak cerdik langsung. Tunngulah penolakkan dari rakyat dlm PRU14 nanti. Cuba ingat semula kata2 arwah Hj Fadhil Noor, bilamana musuh memberi pujian kpd kita, berhati2lah kerana ada sesuatu yg tidak kena! Yg ini pun PAS tak boleh nak fikir. Hebat sangat kot !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...