GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, March 10, 2016

Pecat Muhyiddin, pecat Shafie Afdal adakah Islamik?

  Inilah akibatnya bila terlalu banyak makan dedak hingga tersedak jadinya.Bila Deklarasi Rakyat mendesak Najib meletak jawatan, lalu dia kata itu adalah sia-sia dan budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam!

  Hj Hadi lupa bagaimana dia memecat sekumpulan progressif dalam partinya sendiri melalui kaedah memfitnah dan mengguna kaedah 'chai'! Adakah Islam menggalakan cara ini wahai Hj Hadi?

  Tetapi kenapa Tuang Penasihat ini duk diam sahaja dan tidak menasihati Najib bila dia memecat Muhyiddin dan Shafiee Afdal?

  Haji Hadi juga terkancing gigi seribu bahasa bila Gani Patail dipecat dari jawatannya sebagai Peguam Negara. Adakah pemecatan mereka itu islamik maka Hj Hadi terdiam hingga ke saat ini?

     Saya sertakan komen menarik oleh Shahbudin di blognya ini :
Tetapi, ingin juga ditanya kepada Hadi Awang, tidakkah beliau lupa bahawa Najib jugalah yang mengetuai gerakan "memecat" Menteri Besar Perak dari Pas, Nizar Jamaluddin pada tahun 2009 dahulu? 
Jika benar Islam tidak menggalakkan pemecatan pemimpin, bagaimana sekarang beliau boleh berkawan rapat dengan "ketua gerakan pecat-memecat" itu? 
Lebih dari itu, dalam UMNO sendiri Najib juga sudah melakukan banyak pemecatan dan penyingkiran bagi tujuan mengekalkan kuasanya.
Tidakkah Hadi terasa "geli" ketika berbaik-baik, duduk-duduk berdekatan atau semasa ketawa-ketawa bersama Najib?
  Dalam sebuah negara yang demokratik, hak rakyat untuk menyuarakan pandangan adalah dijamin Perlembagaan. Ini termasuk untuk menyatakan sikap terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.

  Meminta seorang perdana menteri berundur kerana pembabitannya dalam skandal kewangan adalah sebahagian daripada hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

  Desakan supaya Najib berundur tanpa menunggu pilihan raya bukanlah perkara baharu. Ia pernah berlaku pada era pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan terakhir, Tun Abdullah Badawi yang berundur untuk beri laluan kepada Najib memimpin negara.

  Gebenur Bank Negara Zeti Aziz sudah tidak boleh buka mulut... Hari ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

 Najib telah memperkukuhkan kedudukannya dengan beberapa akta seperti POCA, POTA, SOSMA dan yang terbaru Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara. Ini semua digunakan oleh Najib untuk menutup suara orang ramai meluahkan perasaan dan menghalang segala usaha yang mahu menjatuhkannya dari kekuasaan.

  Najib juga telah melumpuhkan pelbagai agensi kerajaan demi menutup kesalahan yang dilakukannya mengakibatkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin nombor satu negara itu semakin terhakis. PDRM, SPRM, PAC, Kehakiman , Bank Negara , Parlimen semuanya tunduk dibawah telunjuknya dan menjadi pak turut dan tukang angguk semata.
 
  Rakyat sudahpun membaca Deklarasi Rakyat yang berpusat kepada kritikan terhadap cara Najib mengendalikan negara sekarang ini dan sudahpun memahaminya.

 Pendedahan dan penerangan akan terus dilakukan menerusi penganjuran perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia di seluruh negara agar kesedaran dan desakan rakyat akan memuncak hingga rakyat berani melakukan perubahan mengikut jalan perundangan yang ada.

  Langkah terdekat, Pakatan Harapan akan menganjurkan Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016.

Berikut kenyataan seorang pengampu, tuang punahsihat.....

  Budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, seolahnya membidas gerakan yang mahu menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

 Katanya, apa yang dibenarkan adalah memperbetulkan pemimpin mengikut sistem dalam negara.

 "Ia tidak digalakkan dalam Islam. Walaupun saya tidak bersetuju dengan kerajaan, tetapi kami bersabar," kata ahli Parlimen Marang itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

 Terdahulu pagi ini, Hadi berkata beliau menolak Deklarasi Rakyat yang ditandatangani bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil lain, kerana menganggapnya sia-sia

 Katanya, ia tidak akan membawa sebarang perubahan tanpa sokongan pemimpin Barisan Nasional.

 "Saya sudah jelaskan sebelum ini, terdapat perkara yang kita (PAS dan parti pembangkang lain) bersetuju, dan ada perkara yang kita tidak bersetuju. Baca sepenuhnya  di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Boley Jalan said...

Hadi dah gila ke apa......vakap berbelit2......apa najib dgn Pas sama aqidah?

Anonymous said...

Deklarasi Rakyat tidak semestinya nak jatuhkan najib serta merta secara demokrasi. Ini salah satu langkah untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU nanti. Sebab itu rakyat akan terus didedahkan dengan maklumat melalui perhimpunan-perhimpunan atau roadshows. Kenapa cari alasan untuk tidak bersetuju dengan deklarasi?.

Anonymous said...

tak tahu nak cakap apa lagi dengan peranagi dan kelaku Hadi ni,.nak kata mabuk pil kuda kan di katakan aku fitnah,nak kata mabuk daun ketum lagi fitnah .HABIS m? Hadi jadi begini rupa ni sebab apa ye? cakapnay tak seperti orang tahu berfikir.ikut sedap dia nak cakap je.kemudia dia tak ytahu apa yang dia cakap.kemudian ada pula penjilat tegar menyokong lagilah hadi jadi haru dan tak keruan,dah nak jadi gila kot .

Anonymous said...

Hahaha kesian betul aku bila tengok org2 tua mcm hadi ni. Sayang jawatan dan cinta dunia, sanggup buat/cakap apa saja utk kekal hidup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...