Wednesday, March 23, 2016

Pendedahan Nallakarupan : Apa komen bekas KPN Tan Sri Musa Hassan

Senyum kemenangan seorang pejuang
  Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Senator Datuk S Nallakaruppan membuktikan bahawa tindakannya menyaman Nallakaruppan bukanlah bermatlamatkan wang tetapi semata-mata mahu membersihkan namanya.

   Tuduhan yang dilemparkan terhadap Anwar yang kononnya beliau adalah pengkhianat seperti afidavit oleh Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis, Tan Sri Musa Hassan telah dinafikan oleh Nallakaruppan dan ini direkodkan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

 Dalam perbicaraan tersebut, Nallakaruppan telah menafikan bahawa beliau menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima RM60 juta dari syarikat perjudian Magnum Corporation Bhd.

 Nallakarapan turut mendedahkan bagaimana pihak polis telah cuba memaksanya menandatangani kenyataan kosong dan mengakui bahawa Anwar menyediakan maklumat untuk dia bertindak untuk negara asing.

   Nallakarupan turut menceritakan bahawa dia telah ditahan selama 38 hari dan diugut akan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

   Ada beberapa perkara yang menarik dalam episod perbicaraan ini - Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata sekirannya Nallakaruppan berkata demikian sebelum ini, maka tidak ada keperluan untuk meneruskan perbicaraan.

  1) Kalau Nallakarupan tidak dedahkan tembelang ini dalam perbicaraan, tentulah orang ramai tidak akan dapat tahu cerita yang sebenarnya....

   2) Apa yang pastinya, Nallakarupan akan terlucut lantikan senatornya dalam masa yang terdekat!

   3) Dan kita tunggulah pula apa komen selanjutnya dari bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan.

  4) Peguam Nallakarupan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bercuti, bolehlah meneruskan cutinya seberapa lama yang dia mahu....

   5)  Yang paling menarik ialah sebagaimana yang digambarkan oleh Rafizi Ramli :

Anwar Ibrahim senyum kepada orang ramai di Kamar Mahkamah 
Tinggi sebelum memulakan kes saman beliau terhadap 
Dato' Seri Nallakurappan. 
Hari ini menjadi sejarah apabila beliau menjadi peguam beliau sendiri kerana pihak berkuasa menghadkan pertemuan beliau dengan peguam-peguam sehingga persediaan perbicaraan kes terbantut. 

Anwar Ibrahim sebelum ini seorang guru (pengetua Yayasan Anda), seorang pendakwah (presiden ABIM), seorang pemimpin kerajaan (Timbalan Perdana Menteri), seorang reformis (Ketua Umum KEADILAN), seorang Ketua Pembangkang, seorang tahanan politik dan kini seorang peguam.

Anwar Ibrahim seorang negarawan; tidak ada seorang pejuang mutakhir ini yang perjuangannya sungguh berwarna-warni begini. 
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Dah banyak kali saya baca diakhbar brita si Nalla ni kutuk anwar.patutnye saman jer india ni..saya tak jangka si Nalla ni akan sokong lagi Nuar kerana mata dia hanya tertumpu kpd yg berkuasa saje.bagaimanapun pendedahan Nalla masih boleh di tepis oleh Musa krana Nalla tidak tunjuk bukti

Anonymous said...

Nak tau juga apa komen hadi

Anonymous said...

Aku salute Dan respect dgn DSAI.Bapa Reformasi Malaysia.Kebenaran telah terbukti.Musa Hassan memang Spesis Celaka Dan Manusia Bangsat.dh bersara baru nk Buat Baik.pppiiii dah aku Dan rakyat Malaysia langsung tk ambik Pot dgn manusia berhati Syaitan ni.

Anonymous said...

Setuju, kesilapan besar yg dibuat mula mula join politik melayan kerenah orang sekelilingnya untuk dapat projek, dgn memanggil Abang Anwar, Abang Anwar, Abang Anwar untuk membodek

Anonymous said...

Sekarang ini pun kita dapat melihat orang yg memenjarakan Anwar sedang 'terpenjara'

Anonymous said...

Anwar memang manusia hebat dan ramai tahu sejarah perjuangannya..tapi yg menghairan ada juga manusia yg percaya kes2 fitnah terhadap anwar tanpa usul periksa dan tanpa berfikir..umno dgn mudah memangsakan seteru politiknya dgn baki2 kuasa yg mereka ada...mahathir adalah bapa segala korup seperti najib jugak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...