GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, March 25, 2016

TAN SRI LODIN WOK KAMARUDDIN PERLU LETAK JAWATAN DARI LTAT; MINTA MAAF KEPADA PESARA TENTERA


   Pendedahan hari ini bahawa kedudukan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut terkesan akibat skandal 1MDB kerana 1MDB gagal membayar Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) mengikut jadual bukanlah satu perkara kecil yang boleh dimaafkan. Sehingga September 2015, tunggakan bayaran dari 1MDB kepada PPHM adalah RM396.41 juta yang sudah tentu akan mempunyai kesan kepada keupayaan kewangan LTAT membayar caruman pencen kepada pencarum yang tamat perkhidmatan tepat pada masanya.

  Penglibatan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sebagai Pengerusi 1MDB dan juga Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah satu konflik kepentingan (“conflict of interest”) yang terlalu jelas. Dalam keadaan LTAT yang diketuainya terheret sama di dalam kemelut 1MDB sehingga menyebabkan kesukaran kewangan kepada ratusan (jika tidak ribuan) pesara-pesara tentera, kesesuaian beliau untuk terus mengetuai LTAT boleh dipersoalkan.

 Tanggungjawab paling utama yang sepatutnya beliau perlu laksanakan ialah menjaga kebajikan pesara-pesara tentera dan mempertahankan hak mereka mengatasi kepentingan perniagaan lain. Apabila ada keluarga pesara tentera yang terpaksa menjual kenderaan, menggunakan simpanan dan lain-lain; saya berpendapat Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin perlu mengambil tanggungjawab di atas masalah yang berlaku ini.

  Saya akan berunding dengan persatuan-persatuan bekas perajurit seperti PAHLWAN, persatu veteran dan lain-lain untuk menggerakkan satu kempen mendesak supaya Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berundur dari LTAT dan meminta maaf secara terbuka dengan pesara-pesara tentera dan keluarga mereka.

 RAFIZI RAMLI 
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

tanya sama itu hud hud said...

Jangan harap la ada pemimpin pas yang akan buat pendedahan mcm rafizi buat ni..
Pendedahan hussam pun disapu bawah karpet sehingga hari ni.
Isle isle

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...