GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, March 11, 2016

Undi Tak Percaya: Di Trengganu, Hj Hadi berkecuali, Di parlimen nak sokong tolak Najib?

  Kenapa portal rasmi Parti Islam Semalaysia, Harakahdaily telah bertindak mengeluarkan artikel yang bertajuk PAS Terengganu setuju untuk melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu ?


  PAS Terengganu setuju untuk memberi sokongan kepada ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
 Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, persetujuan itu dengan syarat bekas Menteri Besar itu perlu terlebih dahulu menyertai ahli PAS sebagai wadah perjuangan beliau yang baru.
Menurut Saiful yang juga ADUN Paka, perkara itu telah dipersetujui Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan ADUN-ADUN PAS yang lain termasuk ADUN Bandar daripada PKR.
"Kita sedia menukar Menteri Besar Terengganu mengikut saluran undang-undang yang betul kerana kita yakin Menteri Besar yang ada pada hari ini sudah hilang sokongan.
"Hari ini sepatutnya sudah tukar MB. Dato' Seri Ahmad Said sudah baca satu persatu peraturan sidang dewan dan perlembagaan Tubuh Negeri. Namun, ditolak oleh Speaker dengan alasan yang sangat tidak munasabah," katanya selepas Sidang DUN, semalam.
Apabila ditanya media kemungkinan PAS akan mohon mengadap Sultan Terengganu, Saiful berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.
"Kita akan bawa majoriti wakil rakyat di Terengganu mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Tapi ia masih dalam perbincangan. Yang penting, kita cukup majoriti untuk jatuhkan UMNO," katanya. - Harakahdaily 
Tetapi laporan tersebut telah sempat di copy-paste oleh blog ini.

 Tindakan Harakah mengeluarkan laporannya itu adalah sangat memalukan. Bukan sekali ini akhbar Pas ini bebuat kelaku begini.

  Besar kemungkinan, Harakah terpaksa menarik keluar artikel tersebut setelah menyedari bahawa presidennya, telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan laporan tersebut.


   Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian berkecuali melibatkan usul tergempar undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu yang dicadangkan Datuk Seri Ahmad Said.

 Menurut Hadi, PAS hanya akan melibatkan diri dalam isu-isu yang hanya dilihat munasabah bukannya melibatkan isu perebutan jawatan. ~ sumber

 Terbukti bahawa ADUN Paka aka Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat dengan sewenangnya mengeluarkan kenyataan dan menggunakan nama Presiden PAS yang bercanggah dengan kenyataan terbaru oleh Hadi ini.

  Satiful turut menyatakan rasa dukacita, terkilan dan kesal dengan tindakan pihak Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong menolak usul dibawah Perkara 14(6) dan telah melanggar peraturan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu.

  Sementara itu pula, Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata PAS menyokong usul itu kerana cara yang dibuat oleh Dato’ Ahmad Said adalah betul kerana dia memenuhi kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu itu sendiri dan kepentingan ia kepada rakyat Terengganu.

Beliau menempelak Yang DiPertua Dewan kerana menolak usul itu dengan berbagai alasan hanya untuk mengelak daripada usul itu diteruskan kepada tahap pengundian wakil-wakil rakyat. ~ sumber

  Ini merupakan petunjuk bahawa Pas dibawah kepimpinan Hadi semakin berserabut dan semakin bercelaru sehinggakan pengikutnya juga tidak tahu hala sebenar tujuan parti.

    Ketika Pesuruhjaya Pas Trengganu dan Ketua Penerangan Trengganu berminat untuk menyokong tindakan Ahmad Said untuk menukar Menteri Besar Terengganu, Hj Hadi nampaknya lebih cenderung untuk memihak kepada Menteri Besar yang ada kerana itu adalah kehendak Najib, pasangan sedondonnya!


    Nampaknya, Hj Hadi dan Najib tidak dapat dipisahkan lagi.... 

 Pengikut-pengikut Hj Hadi seperti Satipul dan yang sewaktu dengannya masih tak faham-fahamkah lagi bila Hj Hadi kata, Pas tidak mahu rampas kuasa Umno, sedia sokong BN ??


  Kenapa masih ada lagi yang merapu gaban tak tentu hala....

  Tiba-tiba pula Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan beritahu, parti itu akan menyokong sekiranya terdapat usul undi tidak percaya di parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Katanya, jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membentangkan usul itu, PAS akan sokong dan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut berbuat demikian.

 Apa nak jadi dengan Pas ni? Semakin berkecamuk. Presidennya kuat kencing dan suka kencing merata-rata! Para penyokongnya pula tercirit-cirit merata jalan....

   Undi tak percaya di Trengganu, Hj Hadi nak berkecuali, ini pula Taki kata nak sokong undi tak caya terhadap Najib? Boleh percayakah?

Mujurlah dua-dua undi tak percaya itu tidak berlaku! Kah! Kah! Kah!
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Tuang presideng ini masih yakin pas masih kuat sebab najib cari. Hj hadi..husam dah cakap kalau pas mau diterima. Penyokong,Pas mesti tukar drebar yg tahu arah nak dituju..kesian ahli2 pas yg tak tahu ape drebar mereka buat..

Anonymous said...

Ulamak sekentut...

Husmad Ahmad said...

Selagi president tak ditukar selagi itu percanggahan pendapat tak dapat dielakkan.

Alias Ahmad said...

Tok Lebai mamai hidu gam / telan pil kuda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...