Tuesday, March 15, 2016

Wartawan Agresif : Polis bohong!

  Berikut adalah rakaman yang menunjukan keadaan sebenar ketika wartawan Four Corners, Linton Besser, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab 'soalan sensitif' yang mengakibatkan dia dan jurukamera, Louie Eroglu, ditangkap oleh polis Malaysia.

  Mereka kemudiannya dilarang daripada meninggalkan negara ini, dan memberitahu mereka akan didakwa pihak berkuasa tetapi akhirnya mereka diarahkan  meninggalkan negara ini siang tadi.


  Wartawan Australia Linton Bresser mengajukan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching, Sabtu lalu jelas menunjukkan bahawa wartawan itu tidak merempuh kawalan keselamatan seperti yang didakwa oleh pihak polis.

 Bresser, yang ditugaskan menyiapkan program Four Corners terbitan Badan Penyiaran Australia (ABC) menyertai sekumpulan jurugambar dan wartawan akhbar lain mengikut Najib sebaik beliau keluar dari kereta dan menuju ke sebuah masjid di Kota Sentosa.

 Najib yang pada mulanya tersenyum juga dikelilingi oleh pengiringnya, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Skhuri dan pihak polis. 

"Hello Tuan Perdana Menteri, saya dari ABC Australia. Saya tertanya-tanya jika anda boleh jelaskan wang beratus juta di akaun anda?" soal Bresser yang tidak dihiraukan oleh Najib dengan muka selamba dan terus berjalan. 

 "Hello, Tuan Perdana Menteri, boleh anda jelaskan wang beratus-ratus juta dolar dalam akaun anda? Tuan Perdana Menteri?" soal wartawan itu lagi.

 Pada ketika ini, kedengaran pihak polis merungut “Apa ni? " dan dalam nada yang jengkel, melangkah untuk menyoal Bresser siapa dirinya.

 Wartawan itu kemudian menjelaskan bahawa beliau adalah "hanya seorang wartawan yang hadir untuk sidang akhbar". 

 Rakaman selama 58 saat itu dikeluarkan oleh Four Corners melalui akaun Vimeo bagi membuktikan bahawa wartawannya tidak bertindak secara "agresif" seperti yang didakwa oleh pihak polis. 

 "Siapa engkau, apa engkau cuba lakukan? Tidak, tidak, tidak. Bawa dia pergi. Mana Jabatan Siasatan Jenayah?” kedengaran suara seorang anggota polis. 

Apabila Bresser menjelaskan bahawa dirinya adalah seorang wartawan, kedengaran anggota polis itu berkata: "Apa identiti kamu? Kami tidak tahu tentang kamu? Keluar."

 Bresser dan pengendali kamera ABC, Louie Eroglu ditahan pada malam itu.~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Mesti kena ugut dengan pemimpin Australia... I kasi warning sama you, you dakwa I punya rakyat, you tanggung semua perbelanjaan kos mencari pesawat mas you yang hilang tu. Apa macam ada berani ka?

Anonymous said...

Sejauh mana mau tipu akhirnya terbarai juga. Memalukan.

Anonymous said...

Kalau boleh malaikat Atid yang mencatit perkara negatifpun Polis akan cuba halang dari mendekati Nsjib.

Anonymous said...

Hahaha ramainya balaci dan macai berunifom dan dapat gaji dari duit rakyat dok jaga PM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...