Thursday, March 24, 2016

Zeti lebih berintegriti daripada Peguam Negara


   Tindakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti yang akan mengambil tindakan keatas 1MDB membuktikan beliau mempunyai integriti yang sewajarnya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

  Tidak seperti Peguam Negara Apandi Ali yang berdaleh dan enggan mengambil tindakan malah sebaliknya beliau mempersoalkan kenapa 1MDB dipersalahkan.

 "Jika Bank Negara Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?" soalnya.

  Bank Negara Malaysia (BNM) telah menarik kembali tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pelaburannya di luar negara bernilai AS$1.83 bilion kerana memberikan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap dalam permohonan kepada Bank Negara.

 BNM telah mengesyorkan tindakan diambil oleh Pejabat Peguam Negara terhadap 1MDB ekoran pelanggaran mengikut Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953.

Gagal bawa pulang RM7.76b, 1MDB kena tindakan Bank Negara

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil “tindakan pentadbiran” terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana gagal membawa pulang dana US$1.83 bilion (RM7.76 bilion) ke Malaysia.

 Gabenornya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata syarikat pelaburan itu gagal menunjukkan dokumen-dokumen seperti dijadualkan bagi membuktikan wang itu perlu dikekalkan di luar negara atas alasan bayaran hutang asing. 

 Beliau berkata 1MDB gagal mematuhi arahan BNM, maka bank pusat “akan mengambil tindakan penguatkuasaan pentadbiran yang sesuai menurut lunas undang-undang.”

 Zeti berkata tindakan Bank Negara itu bersifat pentadbiran dan hanya melibatkan denda, sambil menegaskan ia bukannya tindakan bersifat jenayah seperti bawah kuasa peguam negara yang tidak ingin meneruskannya.

 Tahun lalu, BNM mengarahkan 1MDB mengembalikan dana sejumlah US$1.83 bilion (RM7.76 bilion), susulan tindakan bank pusat membatalkan tiga permit syarikat itu melabur di luar negara.

 1MDB dalam jawapan balasnya menjelaskan ia tdak boleh membawa masuk wang tersebut seperti diarahkan kerana dana itu telah habis dibelanjakan atau diperuntukkan untuk pembayaran hutang.

 November lalu, Zeti berkata BNM sedang menunggu maklumat tambahan 1MDB bagi mengesahkan alasan syarikat pelaburan tersebut yang dilanda kontroversi sehingga disiasat di dalam dan luar negara. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...