Friday, April 15, 2016

Badut-badut dalam "Alip, Mim,Nun tendang Wow - Sarkis!"


  Sebelum ini, Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menafikan wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadi PM Najib adalah dari kerajaan negara itu atau ia satu sumbangan politik, lapor New York Times pada hari Khamis (4 Feb) lalu.

 Beliau percaya dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia oleh warga Saudi. Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan semalam .
"Ia adalah seorang warganegara Arab biasa, saya percaya, dan dana itu untuk pelaburan di Malaysia," katanya dalam satu temu bual dengan New York Times 
  Apakah tukang ampu dan tukang jilat PM Najib sudah lupa apa yang telah dinyatakan di atas oleh Menteri Arab Saudi itu mengenai wang tesebut? Baca berita asalnya di sini.

  Tetapi bagaimana pula hari ini Bernama boleh melaporkan :

   Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.

 "Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Baca seterusnya di sini

  Itu adalah laporan Bernama. Tidak pasti sejauh mana kebenarannya kerana kenyataan dari Menteri tersebut sebelum ini sebagaimana laporan diatas tadi menyatakan  wang sebanyak itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia oleh warga Saudi.

  Bila disebut 'pelaburan', tentulah ia mengharapkan keuntungan! Tentulah tidak betul kalau dikatakan sumbangan itu  tanpa 'mengharapkan apa-apa balasan'...

 Nampaknya  para tukang ampu dan tukang jilat yang cuba nak mengambus skandal 1MDB yang melibatkan PM Najib ini semakin bercelaru dan masing-masing bertukar watak menjadi Badut.

  Senarai badut-badut @ tukang ampu dan tukang jilat ini bukan hanya dari kalangan VVIP dalam negara sahaja, malah kini telah turut mempalitkan VVIP luar negara?

  Badut yang pertama pada mulanya menafikan adanya wang sebanyak itu masuk ke dalam akaun peribadinya. Selang bebeberapa  bulan, dia mengaku pula dan berkata, sumbangan itu adalah Hadiah.

  Muncul pula badut lain, lalu berkata, ia adalah sumbangan dari seorang putera Arab Saudi...bahawa sumbangan tersebut mahu Najib memenangi PRU 13 dan terus menjadi PM.

  Ramai badut-badut yang menganggap sumbangan politik dari luar negara itu itu adalah lumrah, masuk kedalam akaun peribadi Najib adalah lumrah... - ini semua adalah badut-badut yang luar biasa kerana ada di kalangan mereka yang telah mendapat habuan dedak RM 1 juta hingga RM5 juta...

  Kemudian ada badut yang tiba-tiba mengaku telah menemui sendiri penderma tersebut...Ini semua, seperti kata arwah S. Samsudin dalam filem 'Pendekar Bujang Lapok' lakonannya dulu, "Alip, Mim,Nun tendang Wow - Sarkis!"  
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Sekarang badut arab baru jumpa slip pemindahan masuk wang ke akaun peribadi.

Anonymous said...

Badut-badut ni bebas buat apa saja. Kebal dari undang-undang. Yg jalankan tugas laksanakan undang-undang pun serupa badut. Integriti musnah. Patutnya kenyataan putar alam ni perlu disiasat dan didakwa. Malang sungguh negara ku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...