Sunday, April 03, 2016

Doa Badrulamin dikritik penyokong Tun Mahathir, PKR pohon maaf

  Rumah siap, pahat berbunyi. Itulah gambaran himpunan mansuhkan GST dan undur Najib Razak semalam apabila doa dibacakan bekas Ketua Penerangan PKR, Dr Badrulamin Bahron pada penutup demonstrasi itu mengundang kritikan banyak pihak sehingga PKR terpaksa memohon maaf.

 Bekas ahli Umno dan Pas, Tamrin Tun Ghafar berkata, doa yang jelas menyindir Mahathir itu tidak wajar diucap ketika hasrat ramai pihak mahu melihat Najib dijatuhkan terlebih dahulu.

 "Badrulamin ini tidak mencerminkan nilai-nilai murni Islam yang boleh diteladani. Mulai hari ini tak payahlah gelarkan dia ustaz sebab mencemarkan Islam," ujarnya.

 Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu turut menyifatkan Badrulamin tidak layak menyampaikan ceramah lagi.

 "Sesiapa tolong sampaikan kepada Badrulamin, saya kata dia ini kurang ajar dan biadap. Hentikanlah berceramah di mana-mana termasuk di masjid dan surau.

 "Saya lost my respect terhadap makhluk begini," tegas Tamrin lagi yang juga bekas Pengerusi Mara pada 1991 hingga 1993 itu.

 Badrulamin pada penutup himpunan pukul 5.30 petang semalam dilihat seolah-olah mengulang insiden doa laknat oleh Dr Azhari Ariffin atau nama sebenarnya, Dr Azhar Yaakob ketika Muktamar Pas ke-60 di Batu Pahat pada 2014 lalu.

 "Kita minta kepada Tuhan tunjukkan kezaliman kepada mereka. Hari ini kamu zalim, kamu terima balasan Tuhan. Kamu ingat kamu Mahafiraun, firaun pun tenggelam," kata Badrulamin dalam doa itu semalam.

 Beliau selanjutnya mendoakan kesejahteraan kepada Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk di Penjara Sungai Buloh.9 "Hukumlah mereka yang mula-mula memenjarakan Anwar Ibrahim. Berikanlah kekuatan kepada seluruh keluarga dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan.

 "Berikanlah penghinaan kepada Najib dan pemimpin yang bersekongkol dengan kezaliman BN," ujarnya lagi dalam doa dibacakan.

 PKR mohon maaf kepada Tun Mahathir9 Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan bertemu sendiri dengan Tun Dr Mahathir bagi memohon maaf bagi pihak PKR terhadap doa yang dibacakan Badrol itu.

 Beliau juga memohon maaf kerana ada sekumpulan penyokong PKR yang membuat bising ketika Tun Mahathir berucap.

 "Islam tidak mengajar kita mengaibkan orang. Bagi saya dosa-dosanya dan kesilapannya biarlah dia di antara dia dan Allah," kata Rafizi dalam kenyataannya. ~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

cikmatgelap said...

badrulamin tu datang dari geng2 forum perdana ehwal islam,geng2 ni datang ke parti2 tertentu penuh dgn agenda,hasan ali,tuan berahim tuan man,harun din,datang ke pasd.....lihat apa yg mereka dah buat dgn pas,badrulamin ni ke pkr.....org pkr tahu le sikap ustaz ni.....jamil khir kle umno....wakakakah.....tahu tak apa sikap jamil khir.....pakatan rakyat hancur sehancur2nya aqtas agenda harun din bomoh air jampi tu....sendiri baca dari sudut cerdik pollllllllitik le....jgn le baca le dari hukum fiqah

An Anonymous said...

Tak de salahnya doa sebegitu.. mengapa hati mahathir perlu ditatang sebegitu rupa?...lupakah kita pd mangsa2 mahathir yg teraniaya sepjg 23 tahun beliau menerintah..? sepatutnya mahathir berterimakasih pd Dr badrulamin kerana mengingatkan mahathir atas kezaliman di masa lampau supaya boleh bertaubat..

harun said...

Mahathir pun satu...mengaku sajalah yg dia sendiri pernah fitnah dan inayai anwar..dengan pengakuan sebegini secara tak langsung turut akan hancurkan najib juga bila rakyat seluruhnya sedar bahawa selama ini anwar diinaya dgn konspirasi 1 & 2...kesian anwar bila dicop sbg peliwat, aljuburi dan mcm2 label akibat dari fitnah2 ini..lihat betapa hinanya anwar pada pandangan mereka yg berfikiran sempit dan buta maklumat...mahathir sepatutnya juga dihina atas perbuatannya dan tak disanjung atau dimuliakan.

harun said...

Mahathir pun satu...mengaku sajalah yg dia sendiri pernah fitnah dan inayai anwar..dengan pengakuan sebegini secara tak langsung turut akan hancurkan najib juga bila rakyat seluruhnya sedar bahawa selama ini anwar diinaya dgn konspirasi 1 & 2...kesian anwar bila dicop sbg peliwat, aljuburi dan mcm2 label akibat dari fitnah2 ini..lihat betapa hinanya anwar pada pandangan mereka yg berfikiran sempit dan buta maklumat...mahathir sepatutnya juga dihina atas perbuatannya dan tak disanjung atau dimuliakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...