Tuesday, April 12, 2016

Dr Zakir Naik boleh ceramah di KL, di Melaka tak boleh?

  Di Malaysia ni ada banyak keajaiban! Salah satu keajaibannya ialah PDRM boleh benarkan Dr Zakir Naik berceramah di KL, tapi tidak di Melaka.

  Tentulah ramai yang tertanya-tanya kenapa ini boleh belaku dalam sebuah negara? 

 Apakah negeri Melaka, sejak Sultan pertamanya dahulu, Parameswara memeluk Islam, majoriti penduduknya masih menganut agama Hindu?? 

   Kalau dirasakan tajuk ceramah Dr Zakir “Persamaan Hindu dan Islam” itu boleh mengancam “ketenteraman awam dan sensitiviti agama”, rasanya ianya masih boleh dirunding dan di cadangkan dengan tajuk yang lain.
   
 KUALA LUMPUR, 11 April — Penganjur ceramah Dr Zaki Naik lega program pendakwah popular ini dibenarkan diadakan di Bukit Jalil tetapi merayu polis agar membenarkan tokoh itu berucap di Melaka.

 Pemidato yang berasal dari India itu dijadual menyampaikan ceramah bertajuk “Is the Quran God’s word?”, atau Apakah al-Quran kalam Tuhan, di stadium hoki di Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang Sabtu ini.

 Polis bagaimanapun tidak membenarkan ceramahnya “Persamaan Hindu dan Islam” di Universiti Teknikal Malaysia pada Ahad ini atas alasan “ketenteraman awam dan sensitiviti agama”.

 Shahul Hameed Shaik Dawood, jurucakap kepada sekumpulan organisasi penganjur, berkata pihaknya telah memenuhi semua dokumentasi yang diperlukan polis sejak minggu lepas.

 “Hari ini, kami berhubung dengan mereka (polis) tetapi ketua polis negara berkata tidak membenarkan program di Melaka, tetapi kami akan merayu, berharap ketua polis mempertimbangkan semula (larangan) program di Melaka,” katanya di sidang media hari ini.~ Baca lagi di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Boley Jalan said...

Wow ketua polis lagi hebat dr DZN dalam hal ugama......hampa nak kata apa? Panggil ja brahim ali cerita pasal ugama melayu dan islam.......baru betoi ugama hampa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...