GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, April 05, 2016

Husam minta Daeng Sanusi tarik diri Pengerusi Jawatankuasa Disiplin kesnya

04 April 2016 | MALAYSIA DATELINE 

 Agar keadilan terhadap dirinya terbela Yang Dipertua Pas Kubang Kerian Datuk Husam Musa meminta Pengerusi Siasatan Jawatankuasa Disiplin Pas Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok menarik diri daripada kes yang dihakiminya. 

Beliau berkata, Dr Daeng Sanusi telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan prejudis ke atas dirinya ketika menjelangnya Muktamar Pas tahun lalu termasuk di Kelantan, Johor dan Selangor. 

 “Anehnya, selepas muktamar berlalu, beliau tidak lagi menyerang saya secara terbuka, seakan serangan itu mempunyai agenda untuk pemilihan muktamar sahaja.” ujar Adun Salor ini. 

Malah ujar Husam lagi, Dr Daeng Sanusi ketika hadir dalam satu dialog pada 24 November 2014 di Banting,Selangor pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terlibat dengan PasMa kononnya PasMa telah ditubuhkan di rumahnya. 

Bahkan, beliau mendakwa Husam semakin terpinggir dalam Pas dan tiada masa hadapan disebabkan Husam telah melakukan banyak kesilapan di dalam parti itu. 

 “Kenyataan dan pendirian Yang Arif itu dikira dakwaan tidak benar yang serius kepada saya dan termasuk fitnah yang dilarang oleh Islam pada sisi saya sebagai mangsanya. 

 “Saya tidak ingin memetik kod tatacara kehakiman keIslaman di sini, kerana saya kira Yang Arif lebih atau sepatutnya arif.

“Saya cuma mengingatkan, di dalam Islam, tohmahan dan sikap hakim yang berkepentingan diambil kira dan diberi perhatian serta pertimbangan oleh syarak kerana ia akan mempengaruhi penentuan hukum dan keputusan penghakiman. 


  “Saya dengan ini, sebagai tertuduh di depan Yang Arif, mengesyorkan demi menjaga kemulian Parti Islam dan Islam itu sendiri, untuk menguzurkan diri dari mengendalikan kes saya.

“Sebagai veteran parti yang mendalami pengajian Islam, Yang Arif telah sanggup berlaku tidak adil kepada saya dan membelakangkan prinsip tabayyun serta tidak pernah memanggil saya untuk mendapatkan penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu. 

“Oleh itu, bagaimana saya boleh meyakini Yang Arif boleh berlaku adil sekarang? Mengecualikan diri dari mengendalikan kes saya adalah lebih menampakkan keadilan dan memenuhi tatacara kehakiman Islam.” ujar Husam di dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Daeng Sanusi bertarikh 3 April 2016 itu. 

 Difahamkan Husam sehingga 8 April ini berada di Indonesia telah memohon tempoh 14 hari diberikan untuk membicarakan kesnya di panjangkan ke 10 hari lagi, bagi membolehkan beliau menyiapkan maklum balas secara lebih teratur di atas segala tuduhan di dalam surat tunjuk sebab. 

Jawatankuasa Disiplin telah menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 22 Mac tetapi Husam menerimanya pada 29 Mac 2016. 

“Saya terima pada 29 Mac , sekembali saya dari beberapa acara di Kuala Lumpur, termasuk majlis Kongres Rakyat - Selamatkan Malaysia di Shah Alam. 

“Pada hari ini, 3 April (semalam), saya sudah berada di Indonesia sehingga 8April atas acara yang telah diatur lebih awal.

 “Untuk berlaku adil, saya mohon supaya tempoh 14 hari yang diberikan oleh Yang Arif dilanjutkan sepuluh hari lagi. 

 "Ini untuk membolehkan saya menyiapkan maklum balas secara lebih teratur,” ujarnya.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Macam dah boleh agak keputusannya...teringat seorang yang pernah digelar hakim gula hack.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...