Friday, April 08, 2016

Hutang 1MDB RM50 bilion’ : Najib perlu bertanggungjawab, kata Mahathir


  KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad mengakui beliau tersilap menyatakan jumlah hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan menyatakan ia bukan sekadar RM42 bilion, sebenarnya ialah RM50 bilion…lebih banyak daripada (jumlah) itu, jadi saya silap mengenainya, kerana saya nyatakan jumlah lebih kecil. Baca lagi di sini

 Malaysiakini pula melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi.

 "Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

 "(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu.

 "Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini," kata Mahathir.

 Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu. Lembaga pengarahnya dalam satu kenyataan kemudian menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

 Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Mahathir menjawab bahawa seluruh 1MDB perlu dibubarkan.

 "Mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali," katanya  di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kedudukan pelaboran dengan petrosaudi macam mana?wang kerajaan USD 650 juta untuk jv dengan petro saudi masih ada atau dan lebur.gone wit the wind?pelaboran di pulau caymen masih wujud?

Anonymous said...

http://khairulryezal.blogspot.my/2016/04/ahli-parlimen-dap-sahkan-ds-najibrazak.html?showComment=1460079797583&m=1

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...