PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, April 15, 2016

Kalau Najib bukan No.2 dalam senarai paling rasuah ...


  Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa akan didakwa esok kerana memfitnah Perdana Menteri dengan imej yang dipalsukan daripada muka hadapan majalah Time.

 Sivarasa memuat naik muka hadapan palsu itu di Facebook dengan menampilkan perkataan No. 2 on the most corrupt list (No.2 dalam senarai paling rasuah), tetapi memadamkannya selepas dimaklumkan imej itu palsu.

 Beliau didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 Walaupun muka hadapan majalah yang dimuat naik oleh Sivarasa tidak wujud, Time pada bulan Mac memaparkan Datuk Seri Najib Razak dalam artikelnya mengenai rasuah global.

 Malaysia muncul kedua dalam senarai skandal rasuah Time, selepas Brazil, dan sebelum Afrika Selatan, China dan Rusia.

 Senarai itu tidak kelihatan mengikut urutan tertentu, tetapi sebaliknya memberikan contoh bagaimana skandal rasuah di setiap negara.

 Bagaimanapun, penerangan artikel mengenai Malaysia masih tidak menyenangkan, berbanding dengan negara-negara lain dalam senarai.

 Ia memfokuskan kepada skandal 1MDB, dan isu-isu sekitar derma RM2.6 bilion yang dikatakan masuk ke akaun bank peribadi Najib.

 Najib menafikan beliau menyalahgunakan dana awam, manakala peguam pegara telah membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Komen al-Husseyn :

  Seperti yang kita maklum, Sivarasa telah memuat naik muka hadapan palsu itu di Facebook dengan menampilkan perkataan No. 2 on the most corrupt list (No.2 dalam senarai paling rasuah), tetapi memadamkannya selepas dimaklumkan imej yang memaparkan Datuk Seri Najib Razak dalam artikelnya mengenai rasuah global itu palsu.

  Sivarasa bukan orang yang membuat imej muka hadapan palsu tersebut dan dia sendiri tidak menyedari bahawa ianya adalah palsu.

Ia merupakan satu hasil karya yang kreatif berdasarkan kepada berita yang tersiar dalam akhbar tersebut dengan tajuk  “These 5 Facts Explain the State of Global Corruption”

  Ternyata, bahawa sesiapa sahaja pun akan mudah terpedaya dengan imej palsu tersebut kerana majalah keluaran tersebut telah turut memuat naik artikel mengenai kedudukan Malaysia dalam senarai skandal rasuah di taraf kedua.

   Walaupun imej muka hadapan majalah Time itu palsu, namun penampilan perkataan yang terkandung adalah bertepatan dengan laporan yang tersiar pada majalah tersebut.

    Apakah kerajaan Malaysia akan menyaman majalah Time sekiranya majalah tersebut telah menggunakan muka hadapan  seperti itu?

    Kes ini hanya akan lebih melondehkan lagi skandal rasuah 1MBD.Kalau Najib bukan No.2 dalam senarai paling rasuah, korang agak dia nombor berapa?
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Biarkan ia bocor macam tu supaya korek4 boleh dbuat

Anonymous said...

Saman sivarasa nak cari penyakit kalau laporan time bukan palsu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...