Sunday, April 03, 2016

'Kehadiran rendah di demo anti-GST bukti PAS kuat'

Kehadiran kurang memberansangkan di himpunan anti-GST semalam adalah bukti kekuatan PAS, kata Timbalan Presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.

 "Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak menyertai. Kalau PAS sertai (himpunan itu) jumlahnya lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.

 Lebih 2,000 berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri protes itu.

 Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding himpunan terakhir anjuran PAS bagi menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang menarik kehadiran kira-kira 4,500 peserta.

 Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata perhimpunan anti-GST semalam tidak bermaksud ia gagal.

 "Tengok pada jumlah tak berjaya tapi tengok pada isu, ia satu kejayaan. Sebab isu itu walaupun rakyat tak demo, bukan bermakna rakyat tak sokong," katanya.

Adakah TITM merujuk kepada laporan TV3?
 Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PAS Putrajaya hari ini. 

Terdahulu dalam ucapannya, pemimpin nombor dua PAS itu berkata kurangnya peserta Melayu pada Perhimpunan Bersih 4 turut membuktikan keupayaan parti itu dalam menggerakkan peserta.

 Katanya, beliau sendiri mahu parti itu menggerakkan protes Bersih selama dua hari, tetapi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan sebaliknya.

 "Kurang 10 peratus yang turun. Tanpa PAS himpunan akan gagal.

 "Masalahnya kita tak sedar kita kuat. Kita tak sedar kita kuat. Kita rasa kita lemah," katanya. ~ SUMBER
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Kalau kuat kenapa jualan Harakah Pas merosot?ahli2 ramai tapi tak berduit?

Anonymous said...

Tunggu pru...pru 13 nnt kta lihat pas dpt brapa kerusi perlement.brapa kerusi dun.....kita tunggu...

Anonymous said...

Titm perasan pas kuat. Kita tengok dlm pru14 nanti. Pas kelantan ghuyub ke tidak? Cakap besar sombong kerja yilekk. Olamak ker dio ni?? Kabarnya hutang kjaan mad yakob dah naik kpd rm1.3bilion. Ye ker. Hebat mad yakob kool n nik amar. Hihihi

Su Jeng said...

Rasanya x der org ckp PAS lemah. Yg org dok ckp PAS parti paling kuat tapi time Pru paling sikit mmpu menang kerusi wpun tanding paling banyak KERUSI

duke tensia said...

TITM dah pening cam hadi angkuh tak kena tempat...

Anonymous said...

Sekarang lagi kuat apabila bersama ameno...

Anonymous said...

Apa dah jadi dgn tuan ibrahim. Dulu anda pemimpin yg disegani dan digeruni,skrg apa dah jadi...tindak tanduk anda mengudang kehinaan terhadap anda sendiri dan parti anda..sudahla xbersama rakyat dlm himpunan gst,lagi mengutuk pulak tu.Bertindak walau sedikit adalah lebih baik drp duk diam xbuat apa cuma melalak disana sini.Tuan ibrahim patut sedar keadaan pas skrg dh nazak...sedarla wahai tuan ibrahim. Anda bukan spt team walak yg lain,yg lain Walak xtentu hala..anda pula seolah-olah mengikut walakontol yg lain...sedarlah tuan ibrahim. Next pru pas akan tenggelam jika xdbetulkan dr skrg...

An Anonymous said...

Terima lah kenyataan perhimpunan GST tu tak dpt tarik ramai orang.. unit ARIF pun dah 200 org iaitu 10% dari jumlah peserta keseluruhan.. malu lah woii.

Anonymous said...

Kalo pas kuat takkan pas bertanding 11 dun dlm pru sarawak. Lawak siot titm nih. Takkan pas belom ready nk bertanding 40 dun. Pas dah masok sarawak dah 20 tahun. Dlm masa 20 tahun tu pas buat apo? Goyang telor jer. Hihihihi

Anonymous said...

kalau jualan Harakah menurun apa hal pulak ckp sendiri bikin la Sendiri baca Harakah

Anonymous said...

Titm. Kalo pas kuat why tk bertanding 70 seat dlm pru sarawak?? Ini bertanding hanya 11 dun. Olamak auta bodoh sombong. Kesiannn pas chai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...