PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, April 04, 2016

Khalid Samad anggap `Himpunan Bantah GST’ berjaya

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad menangkis dakwaan bahawa ‘Himpunan Bantah GST’ yang diadakan di ibu negara semalam gagal kerana tidak dapat mengerah rakyat turun ke jalan raya.

Katanya, himpunan yang diadakan itu dianggap berjaya kerana mampu mengumpul seramai 10,000 peserta.

“Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah.

“Kita lihat kemuncaknya memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.

“Saya tidak mengetahui anggaran, tetapi bagi saya lebih daripada 10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan itu,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di Jalan Ipoh, di sini.

Dalam pada itu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu turut berpuas hati dengan kehadiran peserta dalam perhimpunan itu.

Katanya, walaupun hanya merancang dalam waktu yang singkat, namun, masih ramai peserta yang menyertai himpunan itu yang terdiri daripada pelbagai kaum.


“Kehadiran mencapai target (sasaran) dan kehadiran agak baik daripada semua kaum. Saya berpuas hati dengan kehadiran semalam.

“Kami agak memang sebanyak itu sahaja kerana kami tidak buat satu himpunan macam sebesar Bersih. Himpunan ini hanya gerakan dalam masa yang singkat,” katanya.

 Ribuan peserta dilaporkan menyertai Himpunan Bantah GST yang diadakan di hadapan Kompleks Belia Belah Sogo, semalam.

Himpunan tersebut diadakan setelah genap setahun kerajaan mengenakan GST terhadap barangan dan perkhidmatan di negara ini.

AMANAH melancarkan akhbar rasmi parti itu kelmarin
Sementara itu, dalam sidang media hari ini juga AMANAH melancarkan akhbar Tabloid parti itu yang pertama.

Katanya, akhbar tersebut akan diterbitkan dan berada dipasaran dua minggu sekali bagi memberikan maklumat terkini mengenai parti berkenaan.
Comments
2 Comments

2 comments :

An Anonymous said...

Kenyataan bg menyedapkan hati.. aku dgr G18 semua profesional.. takkan sikit(ramai) ni je dpt tarik orgsikit(ramai)..

Anonymous said...

Ramai atau tidak bukan ukuran.. sebenarnya rakyat dah pasrah dan putus asa dgn BN..tak besuara bukan bererti bersetuju dgn BN atau tidak sokong PH tetapi rakyat sedar kerajaan BN adalah kerjaan yg degil dan tidak akan mengubah apa apa ..lainlah kalau GST baru nak mula,mungkin rakyat ramai turun berdemo.sebenarnya rakyat sedang menunggu Pru14 dan tidak sabar2 utk jatuhkan BN secara total..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...