Wednesday, April 20, 2016

Mahkamah : KELUAR JAMAAH ISLAM (PAS) SEBAGAI KELUAR ISLAM adalah fitnah

Azli Taliban jangan menyambut dulu kejayaan hari ini, masih ada rintangan jauh dihadapan.
   Dulu-dulu, semasa ahli Pas keluar parti tubuh Berjasa, Hamim, Akim, Islah @ Pas 51, bahkan ada yg masuk UMNO seperti Ust Nakhaei Ahmad atau Pas sendiri yg memecatnya spt Hasan Ali, tak dengar cerita pun jadi kafir, munafik, kena taubat atau perlu " dihapuskan" ( boleh dibunuh ??).

 Tiba2 bila ada ahli Pas keluar dan menubuhkan Parti Amanah Negara ( Amanah), mereka dituduh lari dari perjuangan Islam , sebagai pengkhianat , menjadi kafir atau sebagainya sehingga diseru supaya kembali dan bertaubat atau “dihapuskan”.  Korang boleh ikuti ucapan Hj Hadi melalui VDO di sini 

Dakwaan tesebut dilakukan oleh para pemimpin Pas, Astaziah Pas, malah Tok Guru Pas, bahawa orang yang keluar PAS tu dianggap telah keluar Islam.

 Ada yang seru dan mengajak orang AMANAH (yang keluar Pas) supaya kembali semula kepada PAS, kembali semula kepada Islam supaya mati nanti jangan mati tak bawa iman, jangan mati jahiliah, jangan mati kapiak! Orang-orang Pas ini beranggapan Fuqaha dan Ulama hanya ada dalam PAS.

Maka bila meninggalkan Pas, maknanya meninggalkan Fuqaha dan Ulama. Justeru itu mereka yang meninggalkan Pas dianggap meninggalkan Islam! Meninggalkan Islam maknanya mati tanpa iman. Mati tanpa iman maknanya mati Jahiliah. Mati Jahiliah maknanya mati kapiaq! Begitulah kesimpulannya bagi mereka yang keluar Pas, mati kapiaq! Boleh ikuti rakamannya VDOnya  di sini

Fesbuk Dewan Ulamak Pas Perak pada July 30, 2015 telah merakamkan pandangan dari tokoh ulamak PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan berkaitan penubuhan parti AMANAH, serpihan jamaah dari Pas. Melalui tajuknya : 

"PANDANGAN DARI SEORANG ULAMAK BERKAITAN SERPIHAN JAMAAH YANG MENGAKU ISLAM DITUBUH DARI JAMAAH ISLAM” 

Terbukti melihat kepada tajuk tersebut bahawa Dewan Ulamak Pas menganggap Pas adalah Jamaah Islam.

 Antara yang diungkapkannya ialah : 
Tuan Guru Abdul Wahab Hassan 
“Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.
 “Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.
 “Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.

“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.
 Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.Sila rujuk di sini
 Tetapi semalam mahkamah telah telah mendapati tulisan Ust Ahmad Syihan Ismail yg menuduh Ust Azli Taliban berkata KELUAR JAMAAH ISLAM (PAS) SEBAGAI KELUAR ISLAM adalah fitnah.

 Ust Ahmad Syihan Ismail dituduh menfitnah Ust Azli Taliban dgn menulis dlm fb bahawa ust Azli dlm satu kuliahnya telah mengeluarkan kata2 keluar jamaah islam (pas) sbg jatuh kafir.

 Ust Azli tidak mengaku telah mengeluarkan kata2 tersebut. Ust Syihan gagal membuktikan tuduhannya kerana beliau tidak mendengar sendiri kata-kata tersebut, sebaliknya hanya diceritakan oleh abangnya yg dikatakan ada dlm majlis kuliah yg disampaikan oleh Ust Azli tadi.

 Apa yg utama ialah kedua-dua pihak mengaku dan menerima bahawa 'keluar Pas bukan bermakna keluar Jamaah Islam', apalagi jatuh hukum kafir atau munafik haraki kerana semua jamaah adalah Jamaah Islam seperti yg diakui oleh ust Azli Musa dlm mahkamah.

 Ini bererti kemenangan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak itu sekali gus membawa makna ‘keluar pas’ tidak ada kaitan dengan ‘keluar Islam’

 Ust Azli Taliban yg mendakwa sbg Ahli Hadis merangkap Presiden Geng Ustaz Semalaysia telah menafikan apa yang Hj Hadi sendiri kata, apa yang Tok Guru Wahab Hasan dan lain-lain yang mengatakan keluar pas sebagai keluar Jamaah Islam, Munafik Haraki, Kafir, Murtad, Pengkhianat yg wajib dihapuskan dan macam-macam lagi adalah bohong.  Keluar Pas bukan bermakna keluar Islam!

 Dengan keputusan ini, mana-mana ahli pas yg nak keluar pas dan masuk Amanah tak perlu takut dituduh kafir atau sebagainya. Marilah berbondong-bondong masuk AMANAH dan tinggalkan parti sejarah itu. 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Bodoh punya komentar,, dgn keputusan mahkamah itu, terbukti pas tidak pernah kata org yg keluar pas itu adalah keluar islam. Hanya pan imayam saja yg terasa mereka mcm keluar islam....org bodoh yg berurusan kumpulan professional yg bukan ulamak, mcmtu lah pemikiran mereka. Sesat lagi menyesatkan

Anonymous said...

Olamak pas dah takot. Dah cakap tk ngaku pulak. Takdak telor ker?? Hihihi. Minta azli trim janggut tu. Dah boleh buat reban ayam. Hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...