Saturday, April 16, 2016

Najib dan Rosmah kena masuk kandang....


   Alhamdulillah akhirnya cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga. 

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Perdana Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" saya. Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka.

 Bagi mereka yang kurang biasa dengan undang-undang dan saman, apabila seseorang mengemukakan saman (plaintiff), dia akan membuat Penyataan Tuntutan menyenaraikan perkara apa yang hendak disaman dan kenapa perkara-perkara itu memalukannya.

 Orang yang disaman (defendan) pula berhak memfailkan penyataan balas yang disebut Penyataan Pembelaan yang menerangkan kenapa apa yang diperkatakan itu bukan fitnah dan beliau berhak membuat komen tersebut.

 Dalam kes saman Najib Razak terhadap saya:

1) beliau dan isteri menyaman saya

2) kemudian beliau dan isteri memfailkan permohonan agar mahkamah membatalkan penyataan pembelaan saya supaya saya tidak dapat membela diri.

 Jika ini dibenarkan mahkamah, kes saman ini tidak perlu melalui perbicaraan dan keputusan/hukuman dijatuhkan terus oleh hakim.

 Alhamdulillah hari ini YA Hakim mengarahkan supaya ia melalui perbicaraan penuh dan saya dibenarkan membela diri.

 Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi).

 Mohon sebarkan supaya mereka yang selalu menyebarkan fitnah kononnya saya berkata "saya minta maaf dan bergurau" itu mendapat pencerahan. ~ sumber
Comments
5 Comments

5 comments :

abrarmujahideen said...

Ade Mahkamah Rayuan...usah lah ber mimpi

Anonymous said...

Kalau mahkamah dia punye bolehlah buat gitu..

Anonymous said...

Mahkamah rayuan berfungsi setelah sesuatu keputusan hakim dibuat selepas perbicaraan...diperingkat ini hakim boleh memutuskan samada perlu perbicaraan atau tidak dan hakim telah putuskan ada perbicaraan maka najib & rafizi perlu hadir utk perbicaraan ini.

Alias Ahmad said...

Hantu Raya sahaja yg boleh membeli Hakim

Anonymous said...

Jgn bermimpi disiang hari..last2 nt xjd masuk.. Senang je Paham dah drama politik Malaysia. Bebudak pun cepat paham.kahkahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...