GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, April 06, 2016

Pemimpin Umno Pulau Pinang yang pekung dan kurap


  Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar, secara tidak langsung telah mengakui bahawa mereka berdua ini adalah pengkhianat orang Melayu dengan menjual tanah-tanah milik golongan terbabit demi keuntungan peribadi.

  Mereka selaku plaintif telah mengarahkan peguam mereka, Tetuan Abu Bakar As-Sidek menarik semula saman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng pada 1 April lalu.

 Berikutan itu, Mahkamah Tinggi semalam telah membatalkan saman yang difailkan.Baca di sini

  Sebelum ini, kedua-dua pemimpin Umno itu telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh Guan Eng dan telah mengambil tindakan undang-keatas Guan Eng pada 30 Nov 2014.

 “Saya merasa amat malu dan tuduhan dilemparkan Guan Eng ini berunsur fitnah bagi merosakkan reputasi saya dan syarikat Maison Heights Sdn. Bhd.

“…… Guan Eng tetap memburukkan saya dan Musa dengan menggambarkan kami selaku pemimpin tidak bertanggungjawab,” kata mereka di sini.

 Dalam satu artikel bertajuk ‘Pembohongan UMNO’ yang disiarkan portal berita Malaysian Insider, Guan Eng mendakwa pemimpin UMNO sendiri mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah-tanah milik golongan terbabit demi keuntungan peribadi.

 Jelas Guan Eng, tanah bernilai RM8.6 juta tersebut dipindah milik daripada 31 pemilik tanah Melayu kepada Maison Heights Sdn Bhd pada 31 Januari 2012 lalu.

 Maison Heights Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 6 Mac 2009 untuk tujuan pembinaan, tanah, pelaburan dan pemajuan hartanah serta perdagangan am dan mempunyai modal berbayar RM1 juta dan dimiliki oleh Musa dengan saham bernilai RM500,000, Omar dengan RM499,999 sementara adik Omar, Harun mempunyai saham RM1.

 Menurut Guan Eng, tindakan mereka sebagai broker tanah menjual tanah Melayu untuk keuntungan peribadi yang sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu adalah tidak bermoral dan tidak berprinsip, apatah lagi apabila mereka mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu.

 “Adakah ini caranya pemimpin UMNO mempertahankan hak Melayu dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu biasa?

 Omar yang juga Pengarah Maison Heights Sdn. Bhd. berkata, semua transaksi urus niaga membabitkan tanah di Balik Pulau itu dibuat mengikut undang-undang dan mendapat persetujuan tuan tanah terdahulu. 

 Inilah perangai puk Umno! Bila Guan Eng berurusan beli tanah dengan harga yang dipersetujui oleh tuan tanah, Umno tuduh ada unsur ‘rasuah’ kerana harganya murah hingga sipenjual tanah itu disoal siasat 4 jam oleh polis!.

 Maka dengan pembatalan saman tersebut, benarlah mengenai pendedahan skendal tanah yang pernah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng keatas Musa Sheikh Fadzir dan Omar Faudzar. 

 Pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Musa Sheikh Fadzir dan Omar Faudzar memang keduanya adalah pekung dan kurap !
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

org2 melayu yg masih percayakan pemimpin umno kena buat checkup otak kat hospital. ada skru yg longgar atau otak dah terhakis

Anonymous said...

Masalah tanah milik Melayu/Bukan Melayu Agama Islam dah bermula lama sangat dulu.
Bila terjadi masalah tanah pusaka. Bergaduh sesama sendiri dan x bleh selesai. Dijual dengan harga tinggi untuk dapatkan duit dan diagihkan!

Sepatutnya dari dulu tanah melayu DIPAJAKKAN sahaja. Tanah masih milik Melayu Pajaklah 100 ke atau 200 tahun ke dengan harga tinggi. Malangnya duit cepat lebih penting.

Jangan nak salahkan bangsa/penganut ugama lain.

Bangsa lain hanya tunggu peluang.

Masalahnya peluang itu dicipta oleh Melayu dan kuncu parti Melayu sendiri!

Ali said...

Melayu haramjadah tu..

Hidup Najib! said...

Inilah yg dikatakan melayu tipu melayu..lps tu salahkan orgblain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...