PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, April 03, 2016

Pemuda AMANAH nafi maklumat ‘rusuhan’ IGP

Berita dari portal hantu dikutip oleh RPK
Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Shazni Munir Mohd Ithnin menafikan beliau mengeluarkan kenyataan melalui laporan 'BN hanya boleh digulingkan melalui rusuhan besar-besaran' yang disiarkan di sebuah portal.

 Susulan laporan itu Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya pemimpin AMANAH itu ditangkap.

 Shazni berkata, beliau telah melakukan semakan dan mendapati laporan mengenai perkara itu dipetik daripada sebuah “portal hantu”.

 "Portal yang tidak diketahui 'pengelola' serta sebarang alamat ini memberikan ulasan yang jauh terpesong daripada artikel saya disiarkan portal Free Malaysia Today.

 "Saya sekeras-kerasnya menafikan ulasan fitnah yang dibuat portal www.bicara.news tersebut ke atas artikel saya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 Menurut beliau, Khalid seharusnya menyemak dahulu sumber maklumat sebelum mengeluarkan sebarang arahan.

 "Memberikan arahan berdasarkan sumber maklumat yang salah merupakan satu penganiayaan kepada diri saya sebagai warganegara.

 "Kaedah ini tidak betul memandangkan isu utama yang dibangkitkan dalam artikel asal adalah GST yang jelas membebankan rakyat sepanjang tempoh setahun ini," jelasnya.

 Terdahulu Shazni berkata, beliau menerima gambar melalui aplikasi WhatsApp yang memaparkan arahan Khalid melalui akaun Twitter.

 "Saya anggap ini satu ugutan bagi mematikan mood penolakan rakyat terhadap Najib dan BN.

 "Pihak IGP seharusnya lebih profesional dalam melaksanakan tugas, bukan memberikan arahan di Twitter berdasarkan fitnah daripada 'portal hantu' yang tidak diketahui hujung pangkal kebenarannya," tegasnya. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...