PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, April 18, 2016

PRN SARAWAK: PAS KEGUGURAN

Aku sempat mengubungi seorang sahabat di Sarawak bertanya perihal PRN Sarawak. Aku bertanya kedudukan parti Pas kerana bagi aku Pas ada keistimewaan yang tersendiri.

 Kepimpinan ulama seia sekata mengatakan Pas akan menjadi kuat apabila ianya bersendirian. Inilah faktor istimewanya bagi pandangan aku.

 Sahabat aku beritahu fasa pertama kempen Pas pra-pernamaan calon Hadi dah beritahu yang Pas bertanding bukan hendak menang. Tujuan Pas bertanding semata mata hendak berdakwah.

 Berdasarkan kepada kenyataan Hadi seperti itu, sahabat aku yang merupakan anak bumi Sarawak itu bertanya kepada aku adakah waras Hadi ini..?

 Sahabat aku bertanya lagi jika sudah tak mahu menang apa tujuan masuk bertanding..?

 Dia nyatakan bahawa pengundi tidak akan mendapat apa-apa faedah pun untuk membantu calon Pas jika dari awal lagi Pas sudah nyatakan tujuan bertanding untuk kalah.

 Aku beritahu lagi kepada sahabat aku itu bahawa Pas berhasrat hendak melahirkan anak sulung di Sarawak. Sahabat aku itu ketawa terbahak bahak mengenai hasrat Pas tersebut. Sahabat aku itu dengan nada berseloroh seolah-olah menyindir bahawa anak sulung Pas akan keguguran kerana belum lahir lagi janin anak sulung Pas itu sudah mati dalam kandungan.

Sahabat aku bertanya lagi kenapa sekarang ini Pas berjuang seperti songsang tidak seperti dulu yang ada matlamat dan pendirian.

 Maka aku pun menjawab dengan nada seloroh juga bahawa Pas berjuang mengikut kajian seorang Pakar Penyelidik yang hebat iaitu Dr Zuhdi Marzuki yang mana pemikirannya pun sudah di songsangkan oleh pakar strategi Umno-BN.

 Sebelum bertanding lagi Pas sudah buat kajian BN akan menang. Maknanya Pas kalah sebelum bertanding. Jadi benarlah Pas keguguran sebelum penamaan calon.. ~Sekadar Tersenyum
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

kaaau bercita cita stakat jadi penasihat lebih baik jangan bertanding maka akan banyaklah wang ringgit, masa, tenga kerja dansebagainya dapat dijimatkan.

Anonymous said...

"Padang Jarak Padang Terkukur, belum pergi perang dah jatuh tersungkur”.

Anonymous said...

kereta buruk dh tak blh jalan tapi nak tunjuk hero blh speed.
mampos ls nnt

Hidup Najib! said...

BN monang kira pas monang jugak...kan pas tu salah satu komponen parti BN

Anonymous said...

Pas sebenarnya tidak yakin diri sendiri. Mereka sendiri sedar diri tu setakat mana.

Anonymous said...

"Padang Jarak Padang Terkukur, belum pergi perang dah jatuh tersungkur”.

Anonymous said...

Kalau sudah pasti kalah, janganlah membazir wang, tenaga, usaha...membazir amalsn tak baik

anakembara wan said...

Kautim dng bn take mustahil

Hidup Najib! said...

Takpa lah..pas bertanding bukan untuk menang..BN menang pun kira pas menang sbb pas komponen BN

pemuda parit kings said...

PAS da basi la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...