PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, April 05, 2016

Rafizi cabar CEO dan Pengerusi LTAT samannya atas kapasiti peribadi

05 April 2016 | MALAYSIA DATELINE

 LTAT Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mencabar Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusinya, Tan Sri Anwar Mohd Nor menyamannya atas kapasiti peribadi.

 Beliau juga bersedia menghadapi semua sama-saman oleh pihak berkuasa terhadap dakwaan yang pernah didedahkan sebelum ini termasuk LTAT.

 "Saya telah dimaklumkan akan disaman oleh LTAT berikutan pendedahan yang saya buat mengenai bayaran caruman yang tertunggak. 

 "Padahal jawapan Pengerusi LTAT mengiyakan bahawa memang berlaku kelambatan pembayaran (saya akan mengeluarkan kenyataan akhbar esok mengenai perkara ini).

 " Cuma saya cabar CEO LTAT, Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi LTAT, Anwar Mohd Noor menyaman saya atas kapasiti peribadi dan tidak menggunakan satu sen pun duit caruman anggota tentera di dalam LTAT," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

 Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, termasuk saman LTAT beliau kini mempunyai lapan saman.

 Beliau berkata, telah menerima tiga siasatan polis serentak kerana pendedahannya mengenai Lembaga Tabung Haji, kelewatan bayaran pencen dan siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

 "Saya akan terus lalui saman-saman oleh sang penguasa sebegini.

 "Hari ini juga saya dimaklum ada satu lagi laporan polis terhadap saya oleh Ali Tinju.

 "Maknanya ada empat siasatan baru di samping lebih 10 siasatan sedia ada oleh pihak Polis Diraja Malaysia. 

 "Jika setiap satu siasatan menggunakan empat orang polis, maka ada 16 anggota polis yang tugasnya hanya utuk menyiasat saya.

 "Kalaulah 16 orang anggota polis ini digunakan untuk memberkas pencuri, perompak, pembunuh dan lain-lain, bukankah lebih baik?," soalnya.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...