GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, April 05, 2016

Rafizi ditahan di bawah OSA - Malam ini kita kumpul di depan Bukit Aman.


 Rafizi ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

 Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.~ sumber

  Syabas diucapkan kepada YB Rafizi. Inilah pejuang rakyat yang sejati. Bukan calang-calang orang yanh ada keberanian seperti Rafizi ini. Dia boleh saja hidup bersenang lenang dengan keluarganya kalau dia mahu... Tetapi sebagai seorang yang benar-benar pejuang , di ketepikan kepentingan peribadi seumpama itu.

  Beliau benar-benar mengamalkan seruan Nabi dalam melakukan jihad di jalan Allah. Bukan sekadar berkata-kata sahaja seperti kebanyakan yang menggelarkan diri mereka sebagai alim ulama, tapi menjadi penjilat sang penguasa yang zalim!

Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ 

“Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim.”

YB Rafizi sudah cuba membela pesara tetapi cuba dinafikan oleh LTAT. Tetapi akhirnya LTAT mengaku bahawa 110 pesara tentera yang Rafizi kemukakan Khamis lalu memang lewat menerima caruman LTAT walaupun pelbagai alasan diberikan.

Insha Allah dengan komitmen pemimpin pembangkang seperti Rafizi  dalam isu dan hak rakyat seperti ini,sokongan untuk pembangkang akan meningkat dari semasa ke semasa.

 Amat malang sekali kerana masih ada sang ulama yang mendukung perangai jelek penguasa. Setiap apa yang penguasa lakukan, maka dipuji dan dibela padahal yang dilakukan adalah sejelek-jelek perbuatan zalim. Yang melakukan seperti ini adalah para penjilat dan pengejar dunia.

  Jangan lupa malam ini bersolidariti didepan Bukit Aman!
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Amal maakruf nahi mungkar.
Syabas YB Rafizi.
Semoga Allah jahanamkan penguasa yg zalim, tak amanah dan yg melindungi kemungkaran itu.
Jom ramai2 kita buat bacaan yasin dan sholat hajat supaya Allah binasakan penguasa yg zalim ini.

Anonymous said...

Mana pergi agamawan yang selalu mencanangkan berkata benar di hadapan penzalim jihad. Bahkan merekalah sebenarnya menjadi penjilat pemerintah sekarang.

zarra said...

Mreka yg brsekongkol biar siapapun mreka ttap akan musnah akhirnya...

Anonymous said...

ustaz2 syok sendiri ceramah berapi2 di masjid kononnya menentang kemungkaran tp tak ada teloq bila perlu berdepan nak lawan kemungkaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...