Wednesday, April 20, 2016

SALAH TAFSIR HADIS2 BERKENAAN JAMAAH ISLAM BERJAYA DIPERBETULKAN DENGAN NILAI RM50K.

Di awal pelancaran Gerakan Harapan Baru sblm tertubuhnya Parti Amanah Negara, hadis تلزم جماعة المسلمين وامامهم (Hendaklah kamu beriltizam dgn Jamaah Muslimin dan pemimpin mereka) cukup popular dgn dibaca bersama hadis2 tentang hukum keluar jamaah islam, antaranya;

 1. من اتاكم وامركم جميع واراد ان يشق عصاكم او ان يفرق جماعتكم فاقتلوه
(Sesiapa yg menentang kamu sedangkan kamu telah sepakat atas satu urusan, dia mahu memecahbelahkan perpaduan kamu atau memecahkan jamaah kamu, maka bunuhlah dia);

 2. من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام
 (Sesiapa yg keluar jamaah wpun sejengkal, maka dia telah memisahkan tengkoknya dari ikatan Islam)

 3. من فارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية
(Sesiapa yg keluar jamaah, kemudian dia mati, maka matinya sebagai jahiliah)

 Hadis hadis ini sering keluar dari mulut ulama/ustaz/lebai Pas, bahkan mereka yg menyamar sebagai sedemikian utk melabelkan musuh politik mereka yg telah keluar jamaah asal iaitu Pas dan menubuhkan jamaah baru iaitu Parti Amanah Negara sebagai munafik haraki, kafir, pengkhianat yg boleh dihapuskan dan berbagai istilah lagi.

Alhamdulillah hari ini, bila Mahkamah Seksyen Kota Bharu memerintahkan dependan Ahmad Syihan Ismail membayar kpd plaintif Azli Musa sebanyak RM50k kerana dikatakan telah memfitnah plaintif dlm isu keluar jamaah islam (Pas) jatuh kafir, maka hampir semua " Geng Ustaz" sepakat menafikan tuduhan berkenaan dan bergembira dgn perintah pampasan sebanyak tersebut.

 Alhamdulillah pendokong dan penyokong Parti Amanah Negara selepas ini boleh bergerak bebas tanpa diganggu tuduhan2 jahat sbg pengkhianat perjuangan Islam, lari drp jamaah, kafir dan sebagainya dgn nilai RM50k. ~ Che Ibrahim Mohamad
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...