PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, April 02, 2016

SPRM soal siasat pemilik banglo 4 jam : Berani tak buat gitu kat Najib Razak?


  Sejak 5 Ogos 2015 lagi SPRM beriya sangat buat pengumuman akan menyoal siasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma yang diterimanya. Ada vidionya sekali di sini.

 Kita pun tunggulah punya tunggu…bilalah SPRM nak soalsiasat Najib…..

  Bilakah sebenarnya SPRM nak soal siasat Najib? Kenapa asyik 'Akan siasat.... Akan siasat …..' tapi sampai sekarang tak ada apa pun nampak ke arah itu.

 Wang RM 2.6 bilion yang nak ditanyakan itu pun sudah jadi RM4.2 bilion pula…tapi masih juga kita tak tahu khabar sebenar bila SPRM nak soal siasat Najib…

 Apakah wujudnya campurtangan politik dalam menghalang siasatan telus ke atas skandal berkenaan? 

  Tapi kenapa pula, kalau pasal siasat mana-mana dari pihak pembangkang, bukan main cepat SPRM buat soal siasat. Hari ini buat laporan, esok pagi SPRM dah buka fail!

 Orang Cina jual banglo RM 2.8 juta pun SPRM boleh terhegeh-hegeh lakukan soal siasat sampai 4 jam…Sedangkan orang yang cuba membayangkan adanya unsur rasuah mengenainya tidak berani menyuarakannya di luar dewan kerana tidak ada bukti.

Tiba-tiba, perkara yang tidak ada bukti, perkara yang karut seperti ini boleh disiasat oleh SPRM?

Tapi orang Melayu jual negara dan bangsanya SPRM buat tak kisah, tidak ambil peduli!

  Berani tak SPRM buat macam itu kat Najib Tun Razak?? Teruskanlah buat helah buat alasan....mohong sepanjang masa!

 Pada 30 Okt 2015, melalui entri bertajuk ‘RM2.6 bilion : Sudah berapa kali ulang tayang kata nak soal Najib?’ saya merujuk kepada kenyataan seorang menteri – “SPRM akan soal Najib bila tiba masanya, kata menteri – arwah Malaysian Insider.

 Saya kata, sudah berapa kali ayat yang sama diulang pakai? Tapi bila ianya akan berlaku??? Kenapa terlalu lembab untuk menyelesaikan isu tersebut? Baca entri saya di sini.

  Pada 11 November 2015, keluar laporan mengenai kenyataan Peguam Negara Apandi Ali mahu SPRM menyoal Perdana Menteri, Najib Razak dan melengkapkan siasatan berkaitan anak syarikat 1MDB iaitu SRC International dan derma RM2,600 juta sebelum akhir tahun ini.

 Menurutnya, beliau mengeluarkan arahan itu kerana mengambil serius kebimbangan orang ramai mengenainya. Seterusnya kita hanya didendangkan dengan ayat yang seropa – SPRM akan soal siasat Najib…..

 3 Dis 2015 : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadualkan memberikan kenyataannya kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Menurut Reuters yang memetik sumber, SPRM akan merakamkan keterangannya mengenai siasatan daklwaan rasuah ke atas 1MDB dan anak syarikatnya, SRC International.

5 Dis 2015 : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma yang diterimanya.

 Dalam kenyataan dikeluarkan agensi itu hari ini, SPRM juga berkata, mereka sudah mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah.

Dah masuk ke tahun 2016, masih tak ada apa-apa lagi mengenainya. SPRM ingat kita semua ni dah lupa ...???

  SPRM dan PDRM perlu dilihat lebih berintegriti apabila mengendalikan sesuatu kes yang berprofil tinggi yang melibatkan Pegawai Tinggi Kerajaan dan tidak hanya bersungguh-sungguh membuat siasatan apabila ianya melibatkan pihak pembangkang.

  Gesaan supaya siasatan dibuat ke atas Datuk Seri Najib Razak juga pernah disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyifatkan beliau pernah berbohong mengenai status wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan disimpan di BSI Bank di Singapura.

 Bukti-bukti dalam bentuk dokumen yang dikemukakan oleh WSJ dan Sarawak Report perlu dipandang serius oleh SPRM dan PDRM.
 

 Berita terbaru kini ialah Pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan berada di negara ini untuk berjumpa dengan beberapa individu dalam siasatan mereka ke atas 1MDB, lapor Reuters yang memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan.

  Ini susulan selepas laporan Sarawak Report mendakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memohon perintah ekstradisi ke atas seorang individu yang ditahan di Abu Dhabi berkaitan dengan penyiasatan ke atas 1MDB.

  Skandal 1MDB kini disiasat oleh pihak berkuasa di enam negara luar, iaitu Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.

  Daripada situasi yang sedang kita lihat sekarang ini, dunia luar sedang memerhatikan kita dengan penuh kesangsian. Tidakkah Najib terasa apa-apa??
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

SPRM dah jumpa penderma arab mengenai derma 2.6 bil peguam negara sahkan derma berjumlah 2,6 bil.sekarang ABC lapor anak raja arab derma 1.6 bil jadikan jumbled diterima najib 4.2 bil.1.6 bil dah disahkan putrajaya .adakah 4.2 bil ini dari 2 orang arab?keliru sikit disini.wsj pula dakwa 2.6 bil dari tanore finance tanpa nyatakan siapa bagi kpd tanore.wsj dedah berperingkat2.ada lagi ke pendedahan selepas ini?Peguam negara mesti sahkan semula 2.6 bil dari mana kerana macam siasatan sebelum ni tidak lengkap dan seolah2 main wayang hingga timbul keraguan punca wang 4.2 bil.peguam negara juga mesti jelaskan berapa arab sebenarnye yg bagi derma.dan wang yg dikatakan telah dipulangkan kembali kpd arab mana? Kerana keraguan dan percanggahan dengan laporan wsj.kalau derma arab 1.6 bil saje bermakna wang yg dupulangkan melebihi dari yg diterima..

Aku said...

Apakah sekali lagi kebejatan secara mutlaq diulang ulang secara terang terangan. Hubaya, hubaya.

Anonymous said...

Tutup yang batil dengan yang hak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...