Saturday, May 07, 2016

10 Wakil Rakyat PAS lompat parti?

  Dalam satu sidang media di Pejabat Amanah pagi ini, soalan panas wartawan ialah mengenai 10 adun Pas yang akan lompat parti seperti apa yang pernah Dato Wan Rahim dakwa, jika Dato Husam Musa dipecat dari Pas.

  Walau bagimana didesak mengenainya, Wan Rahim enggan menyatakan secara absah, cuma bagi tau sikit-sikit sahaja dulu.... Hah! Ha! Ha! Jangan tak caya... ramai walaun yang akan sentap nanti!

  Datuk Wan Rahim menjelaskan bahawa Datuk Husam mengatakan belum mendapat surat pernyataan pemecatan dan kehadiran beliau ke Mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian pagi ini dianggap sebagai tetamu.

  Beliau menyatakan dalam pertemuannya dengan Husam dirumahnya pukul 1 pagi tadi, Husam akan buat satu response kepada semua pihak setelah beliau menerima pernyataan pemecatannya nanti.

 "Jadi saya pun perlu menunggu Datuk Husam untuk membuat apa tindakan sama ada dia nak buat rayuan kepada Jawatankuasa PAS Pusat ataupun dia akan menerima ketentuan itu dan mengorak langkah politik seterusnya." jelas Wan Rahim.

Menurut Wan Rahim,  pihak Amanah Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Datuk Husam sebagai ahli Amanah, bahkan sebaik sahaja dia hadir kepimpinan Amanah Kelantan yang kini dipegangnya akan diserahkan kepada beliau.

Berikut adalah petikan selanjutnya sidang media Dato Wan Rahim, berhubung pemecatan Dato Husam Musa.

 Wartawan: 10 Wakil Rakyat PAS lompat parti?

Datuk Wan Rahim: Sekarang masih lagi kita tunggu surat pemecatan Datuk Husam dan semuanya akan diselaraskan bersama antara saya dan Datuk Husam, jadi tidak berbangkit dan belum sampai masa lagi.

Wartawan: Amanah akan buat apa yang telah dikatakan?

Datuk Wan Rahim: Insya Allah. Belum selesai lagi proses dia. Kalau tak silap saya Datuk Husam diberi tempoh 60 hari untuk buat rayuan dalam Perlembagaan PAS.

Wartawan: Secara peribadi 10 Wakil Rakyat tetap nak join (Amanah)?

Datuk Wan Rahim: Insya Allah, tapi belum masa lagilah. Datuk Husam, Zaki Kelaboran, Rozi Tendong. MP, Ahmad Baihaki Kubang Kerian dan Dr Nik Mazian Pasir Puteh.

Wartawan: Datuk lihat keputusan yang dibuat PAS terhadap Datuk Husam bagaimana?

Datuk Wan Rahim: Saya salute PAS, tahniah kerana berani. PAS telah bertindak memecat Datuk Husam di luar daripada jangkaan saya. Saya jangka PAS akan gantung Datuk Husam. Saya hormat PAS kerana keberanian mereka. Saya juga ucap tahniah kepada Datuk Husam kerana usaha dia untuk dipecat itu memang berjaya.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

kerajaan kelantan akan tetap teguh percaya lah..adun bn akan berkecuali..pas selamatkan kerajaan bn terengganu..bn tolong pas kelantan..haha

Anonymous said...

lor demo tingale...kjaa kelate doh bubar...pan doh ambek aleh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...