Wednesday, May 25, 2016

‘AMANAH tanding sebab PAS beri nafas kepada Umno/BN’


   Kesedian Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun depan dibuat selepas melihat PAS seolah-olah memberi nafas kepada Umno/BN.

 Justeru, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata atas nama Pakatan Harapan, parti serpihan PAS itu mengambil tanggungjawab untuk bertanding.

 "Jangan cakap bersedia (dicalonkan dan bertanding), saya menghormati pandangan dan pencalonan yang dibuat maknanya AMANAH akan mengambil tanggungjawab itu atas nama Pakatan Harapan bukan AMANAH sahaja.

 "Kita konsisten menentang kezaliman Umno tapi apabila melihat PAS seolah-olah memberi nafas kepada Umno-BN ini yang kita tak setuju dan kita nekad tanding (dalam pilihan raya akan datang)," kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini.

 Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad semalam memaklumkan selain Salahuddin presidennya Mohamad Sabu dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada PRK parlimen Sungai Besar.

 Bagaimanapun, Khalid dilapor berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar. ~ SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

PAS bukan beri nafas mulut ke mulut CPR ... tapi nafas yang di tiup ke dalam kelas berisi air mineral.

Arouse Mah said...

Pas ni mcm orang tua2 kata.....bodoh sombong, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...