Sunday, May 22, 2016

Azmin Kuang Ajaq?


 SHAH ALAM: Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'tidak tahu apa yang berlaku dalam parti' yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.

 Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

 
 "Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya),” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook.

 Terdahulu, pada pagi tadi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, Hadi tidak mengetahui perkembangan bersabit rundingan peletakan calon di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

 Ini kerana, kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.

 “Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.

 "Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada Presiden," katanya dalam satu majlis pagi tadi. ~ Sumber

Ikuti ucapan Azmin di sini
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Nak tahu lebih mendalam hal selok belok parti dalam hati Haji Hadi, bertanyalah dengan Mat Sabu yang pernah menjadi Timb. Presiden Pas. Azmin patut merujuk Mat Sabu mengenai latar belakang Hj Hadi.

Anonymous said...

Asyik-asyik orang lain saja yang buat salah.

Apa kena mengena tidak tahu hal politik dengan agama?

Kalau dia (Hj Hadi) tahu hal agama, mana mungkin 4 orang kuat nya tidak memaklumkan dia mengenai rundingan dengan Azmin?

Membela Presiden dengan mengata orang itu jahil@kurang ajar tidak menunjukkan kematangan.

Mohd.Tahir Abu Bakar said...

Itu baru d beri peluang menjadi MB Selangor,bagaimana kalau beliau d beri peluang menjadi PM Malaysia? Ada tempat ke lagi pas d hati beliau?

Anonymous said...

Azmin ni jenis tak sedar diri dan bongkak sama perangai mcm hadi dan mereka tak layak berada dlm pakatan harapan sbb rakyat membenci kedua duanya.

Anonymous said...

Biasa ler tu. Azmin dah belajar dgn tn al Gundu al marangi. Bileh kata barua broker pgkhianat dll. Nik abdoh ni asik nk bodek al gundu. Hihi. Ketua pemuda patung. 2 bln sekali baru tubik suara. Huhu. Kalu ada nik aziz dia tk bagi abuduh jd ketua pemuda. Ajk kawasan boleh ler. Hihi

Anonymous said...

Ketua pemuda patung. 2 bln sekali baru tubik suara. Huhu. Kalu ada nik aziz dia tk bagi abuduh jd ketua pemuda. Ajk kawasan boleh ler. Hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...