Monday, May 16, 2016

BEKAS PEMIMPIN, AHLI PAS TERENGGANU TIDAK SENANG SIKAP PRO UMNO

 Berubahnya perjuangan Pas Terengganu 180 darjah daripada mengecam dan memusuhi Umno kepada menjadi penasihat tidak diterima oleh sebahagian bekas pemimpin dan ahli Pas di negeri itu.

 Seorang penganalisis politik yang rapat dengan kepimpinan Pas Terengganu berkata, ketidakpuasan hati ahli peringkat bawah bertambah parah kebelakangan ini apabila pemimpin menyerang bekas-bekas rakan mereka yang kini menubuhkan Amanah tetapi mengalu-alukan kerjasama dengan Umno.

 “Walaupun berlegar di kalangan dalaman sahaja, ramai bekas-bekas pimpinan Pas Terengganu sangat tidak senang dengan apa yang sedang berlaku sekarang antara pemimpin baru Pas dan bekas ahli yang menubuhkan parti baru

“Mereka berhujah kenapa dengan Umno Pas boleh berbaik-baik dan bersefahaman tetapi dengan pemimpin Amanah tidak pula dapat berbaik-baik dan duduk berbincang demi kebaikan rakyat.

 “Sebaliknya, sekarang berlaku cop mengecop, label melabel dan syak wasangka yang amat teruk semasa sendiri,” katanya kepada suarapakatandaily dengan syarat namanya tidak disiarkan.

 Kesan daripada sikap berburuk sangka itu, kata penganalisis tersebut, beberapa bekas ADUN Pas Terengganu mula disisihkan dan dianggap penyokong Amanah walaupun tidak dibuktikan mereka terlibat dengan perjuangan parti baharu berkenaan. Katanya, sikap menuduh melulu itu akan menyebabkan lebih banyak ahli Pas mengambil keputusan menyeberang ke parti baharu sedikit masa lagi.

 “Beberapa orang ADUN Pas kebelakangan ini ditunding jari sebagai pemyokong Mohamad Sabu. Banyak AJK Pas kawasan di Terengganu dilabelkan sebagai menyebelahi Mat Sabu dan Salahuddin Ayub. Ini amat merugikan.

 “Tapi tentunya ahli Pas sangat bingung bila ucapan seorang ahli parlimen yang juga pemimpin kanan Pas negeri baru-baru ini, semasa merasmikan mesyuarat agung kawasan, mengatakan Pas sedang dalam proses berbaik dengan Umno.

 “Ahli parlimen itu berkata sikap Pas kini tidak sama lagi dengan dahulu. Pas tidak lagi memusuhi Umno malah cuba menasihati Umno untuk jadi kerajaan yang baik. Tindakan ini tidak amat-amat menyenangkan ahli,” katanya.

 Kesimpulan beliau, strategi Pas berbaik dengan Umno adalah salah kerana parti sekular itu tidak pernah menghentikan kezaliman seperti mengenakan cukai GST, dasar peras ugut, penyelewengan dan sebagainya.

 Sebaliknya ahli bawahan melihat Pas pasca Nik Aziz Nik Mat semakin bergerak seperti era bekas presiden Asri Muda yang ‘tergila-gila’ mahu berbaik-baik dengan Umno.~ Sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

wijaya kezuma said...

Memang pun politik la ni pun dah haru biru..harap pakatan dah tak pakat..harap harapan dah tak boleh harap..nampaknya tetap pembangkang la..salah org nampak terang..salah sendiri butakayu..
Bosan dan buang masa saja...ulama ka ustad ka..tok serbanjubah ka..nampak jawatan projek fulus..hancus..
Rakyat yg diperbodoh dan dipermainankan..
Amanah Allah didepan khlayak bermain dilidah saja..

Anonymous said...


Menyerang bekas rakan-rakan ok lah lagi... tapi yang terima habuan seperti Husam katakan yang lagi parah....

Anonymous said...

Itu pandangan dari org dlm yg mahu namanya dirahsiakan!? Kenapa rahsia? Dah tak boleh komen secara terbuka ke? Parti islam pejadah, nak komen pun kena rahsia rahsia bagai.

Anonymous said...

Pilih lah sendiri antara cinta kan parti dengan cinta kan perjuangan ?

Cintakan parti yang dipimpin oleh orang yang berbaik dengan si penzalim, perjuangan akan mati.

Mat Sabu Khalid dan lain-lain akan mati sekiranya terus bersama PAS seperti mana Husam di matikan.

Setakat ahli biasa jadi pak turut tak apa lah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...