Saturday, May 14, 2016

Benarkah Hj Hadi dan Harun Din tak makan dedak?

 Mohd Sabri Saleh, adik kepada Setiuasaha Majlis Syura Ulama Pas, Wan Zawawi Saleh dalam status difesbuknya kelmarin menulis :

  Dato Husam kata, Mursyidul am, presiden, dan lain2 beranikah bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa2 habuan dari pihak Umno atau Najib? Ambo berani bersumpah atas nama Allah ambo tak terima satu sen pun.

  Dan pada hari ini pula, Sabri juga telah memuat naik beberapa rangkap pantun. Pantun yang terakhirnya seolah-olah mahu mengingatkan kita semula kepada cabaran Husam kepada Hj Hadi :

Husam cabar Hadi bersumpah, 
tak ambil duit dari Najib, 
Makin hari makin parah, 
lawan mereka jadi wajib.

 Ya, kita semua sedang menunggu respon selanjutnya daripada Tuang Presideng Hj Hadi dan Mursyidul Am, Haru Ding. Beranikah mereka ini menyambut cabaran Husam Musa supaya bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa2 habuan dari pihak Umno atau Najib?


   Menurut pendedahan orang kuat Umno, Zaharin Mohd Yasin bahawa terdapat 15 pimpinan Pispus turut mendapat habuan dedak dari Najib. Terpulanglah kepada pendirian masing-masing nak percaya atau tidak kata-katanya itu. Bukan wajib untuk percaya, tapi perkara itu pun bukan mustahilkann?

  Saya beranggapan, kemungkinan besar Husam mempunyai bukti tertentu hingga beliau sanggup mencabar Tuang Presideng dan Mursyidul Am Pas bersumpah tidak terima dedak dari Najib.

  Cerita-cerita yang mengatakan kos perubatan Hj Hadi sewaktu di Tuki dulu telah di biayai oleh Najib turut berlegar dari mulut ke mulut....

   Begitu juga dengan Haru Ding yang kononnya terlibat dengan pemberian kontrak penanaman Jati di sepanjang Highway ....

   Apa yang penting, Hj Hadi dan Haru Ding perlu menyambut cabaran Husam supaya mereka berdua ini, selaku ulama tidak terus dipandang serong oleh masyarakat.

  Sebelum ini, Husam Musa telah mendedahkan bahawa Presiden PAS ada mencadangkan kerajaan PAS-Umno dibentuk di Selangor dengan 3 Adun PKR menyertai PAS.

  Hj Hadi telah menafikan dakwaan Husam inu lalu mencabar Husam Musa untuk bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO.

"Kalau dia beranggapan apa yang dia katakan itu betul dan apa yang kami (PAS) katakan adalah bohong, maka silakan bersumpah," katanya pada program Dewan Muslimat PAS di sini

 Selang beberapa hari kemudian, Husam Musa telah menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah talak isteri demi menegakkan dakwaannya berkenaan rundingan antara PAS dan Umno. Husam turut mencabar Hj Hadi Awang melakukan perkara yang sama bagi menafikan pendedahan tersebut.

   Hj Hadi terdiam dan terus berdiam hingga kini. Apakah Hj Hadi akan terus terdiam dengan cabaran yang terbaru dari Husam yang Hj Hadi dan Haru Ding tak makan dedak ??
Comments
9 Comments

9 comments :

Malaysiabaru said...

Tolong jahanamkan kerajaan pas Kelantan.. Ganti dgn Amanah

Anonymous said...

Dh ada duit cukup utk keperluan sudah laa....kecian kami di kg kg jln kampong pon jkkk tk bg masuk TAR ke kawasan rumah kami.... dulu di thn 1970 tk apa laa guna gerek... skrg gerek dh tk ada...semua guna moto....jk di kg aq org yg akhir guna gerek pak cik paa, mat isa, saad kochi.... pak drasit... bleh di kira... pas dera kami...dgn islam

Anonymous said...

Dari lenggok jalan org boleh kenal..lelaki atslsu pompuan..atau sotong..

Hj Hadi...hj Hadi..

Anonymous said...

makin biadap kata2 cikgu ni. org kata dari ckp xbetul/samar2 baik diam.

tanya sama itu hud hud said...

Tak tumbuh tak melata..
Tak sungguh orang tak kata..
Hidup hussam..

Anonymous said...

Penipu.

Jangan distort reality.

Husam kata Hadi terlibat dalam Pas UMNo bergabung.

Lepas tu, dia sendiri yang cakap dia sanggup bersumpah. Hadi tak pernah cabar dia bersumpah pada awalnya.

Lepas dia sendiri cakap yang dia sanggup bersumpah, baru Hadi cabar dia sumpah talak tiga.

Tapi Husam tiba-tiba tak nak bersumpah. Takut kena laknat Allah lah tu keje memfitnah.

Sekarang sifir sama. Cakap dia sanggup sumpah. Sumpah lah dulu. Tak payah paksa orang. Kalau cakap saje sanggup sumpah, tapi xsumpah-sumpah, tu penipu namanya.

Anonymous said...

Melalot nampok?? Hadi haron bkn maksom. Depa dah makan dedak najib. How nk lwn umno? 15 pimpinan pas dah mkn dedak. Try ask zaharin yasin umno bdr tun razak. Hihihi

shaari yen telaga mas said...

Berhati2 dgn fitnah modern..sapa lemah dia kena..73 golongan akan dijilat api neraka.

shaari yen telaga mas said...

Berhati2 dgn fitnah modern..sapa lemah dia kena..73 golongan akan dijilat api neraka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...