PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, May 03, 2016

Benarkah Mustafa Ali tidak mampu melakukan adegan ranjang kerana ‘Sakit Lutut’?

Bila video lucah Spenda Mat Londeh jadi viral, Mustafa Ali telah membuat pernyataan media di sekitar pertengahan April 2013, mengaitkan Umno berhubung penyebaran video lucah tersebut.

  Kenyataan Mustafa itu telah diterbitkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk HarakahDaily.

  Akibatnya, Umno memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi.

 Umno mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa Umno yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, Umno sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

 Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

 Pada 15 Jan 2014 dilaporkan UMNO menarik balik samannya terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu yang sebelum ini didakwa mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah di laman web.

 Mustafa dan dua lagi individu tersebut telah bersetuju menarik balik kenyataan terhadap UMNO dan menjelaskan kenyataan yang dibuat sebelum ini ditujukan kepada blogger UMNO.

 Mustafa dalam HarakahDaily menyatakan kenyataannya bertarikh 13 April 2013 dalam satu artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun dakwa UMNO terdesak' adalah merujuk kepada blogger UMNO, bukannya UMNO.

 Maka selesailah sudah saman fitnah Umno terhadap Mustafa Ali dan dua yg lain tanpa sebarang kos, sekaligus membersihkan nama Umno dari tuduhan sebagai dalang video Mat Spenda Londeh itu.... Tapi ianya sama sekali tidak membersihkan nama Mustafa Ali yang yang dilihat sebagai pelakon utama adegan dalam video lucah tersebut.

 Tetapi kenapa Mustafa Ali tidak berani ambil tindakan menyaman ‘Blogger Umno’ sebagaimana yang dia tuduh itu?

 Sikap Umno menyaman Mustafa Ali bila difitnah sebagai dalang yang kononnya ada kaitan dengan penyebaran video lucah di laman web itu dilihat lebih bermaruah berbanding dengan sikap Mustafa sendiri yang telah dimalukan dengan penyebaran video tersebut. Mustafa berdiam diri tanpa mahu mengambil tindakan terhadap ‘Blogger Umno’ tersebut.

 Di mana letaknya harga diri Mustafa Ali yang ketika itu adalah Setiausaha Agong Pas, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

 Mustafa sepatutnya membersihkan namanya yang begitu tercemar dengan adegan ranjang yang melampau itu; bukan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan penafian begitu sahaja.

 Apakah dengan kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi yang membuat pengakuan bahawa Mustafa sakit lutut sudah dapat membersihkan nama Mustafa dari adegan video lucah tersebut?

  Mustafa perlu hadapkan ‘Blogger Umno’ itu ke muka pengadilan supaya dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video itu dapat dikenali.

  Apa yang penting sekali dengan menyaman ‘Blogger Umno’ itu, kita semua akan mendapat kepastian bahawa yang berlakon dalam adegan sebagai Mustafa itu bukan Mustafa yang sebenarnya tetapi pelakon upahan yang mirip Mustafa... (Ada tak sesiapa yang pernah terserempak dengan polan tersebut?? hahaha!)

 Selagi “Blogger Umno’ itu tidak dibawa ke muka pengadilan, maka jangan salahkan orang ramai yang masih tertanya-tanya “Benarkah Mustafa Ali tidak mampu melakukan seks kerana ‘Sakit Lutut’?" Mungkin orang Temerloh yang terkenal dengan senjata 'siku' dan 'lutut' itu boleh beri sedikit pencerahan.....
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Ada ke orang percaya akan kata-kata mr presideng? Aku rasa mr presideng sendiri pun tak percaya dgn kata-katanya sendiri

Boley Jalan said...

Mungkin orang Temerloh yang terkenal dengan senjata 'siku' dan 'lutut' itu boleh beri sedikit pencerahan.....ha ha ha...setuju.!!!, org ni memang kaki nonton, jarman lagi!

Anonymous said...

Kita dari Amanah tak perlukan cerita2 seperti ini, Teruskan perjuangan dengan dalil2 dan hujjah

Anonymous said...

Buang masa ... Baik kita bersama meletakan Amanah dlm perjuangan yg benar

tanya sama itu hud hud said...

Video Mustafa Ali tu lengkap dgn warna, suara, bunyi, loghat Terengganu serta suara Mustafa Ali yang begitu tepat sekali.

Anonymous said...

Kita tak perlu cerita2 seperti blogger umno...jgn tiru papagomo...bnyk lg isu lain yg lebih utama...harap tuan blog kurangkan isu peribadi...lebihkan isu dasar

Alhusseyn Alhusseyn said...

Kita tak perlu cerita2 seperti blogger umno...jgn tiru papagomo...bnyk lg isu lain yg lebih utama...harap tuan blog kurangkan isu peribadi...lebihkan isu dasar

Ini bukan isu peribadi tetapi isu parti yg mengaku kononnya suci dan org lain masuk neraka. Ini bukan cerita mengenai pendedahan vdo sex Mustafa tetapi mengenai cara Mustafa yg tidak berani ambil tindakan terhadap blogger Umno yg telah mendedahkan skandal sex yg mirip Mustafa.

Ini adalah untuk mendedahkan sikap hipokrit pas terhadap kelakuan pemimpinnya sendiri, sedang dalam perkara kecil yg dilakukan orang Amanah, mereka boleh hukum munafiq dan kafir bagai.

Saadun Sulaiman said...

Saya kira elok lah AMANAH usah layan cerita yang sudah lama berlalu. Tumpu kan gerak kerja kita dalam menawan hati rakyat dan tumbang kan kerajaan yang zalim ini. Namun begitu tergerak juga hati saya untuk memperkatakan sesuatu setelah terbaca bahawa Tuang President PAS. PIS, PUS menyata kan bahawa Si Bedul tu tidak mampu melakukan seks kerana sakit lutut. Benar kah kenyataan itu? Baru sebentar saya ketemui Pak Chik Google dan type perkatan "SEKS MUSTAFFA ALI -U-TUBE". Jawapan yang di terima agak terkeluar dari kenyataan Tuang President. Kerana di dalam video itu si Bedul kelihatan segak semasa menerima tetamu yang sudah di pesan. Dalam segment itu si Bedul bertanya sebelum melaku kan urutan "LUTUT", kalau si perempuang jalang itu nak menukar pakaian nya. Jawapan nya, "Towel sahaja" dan ............................. berkesudahan dengan si Bedul menyerah kan beberapa keping wang kertas, mungkin kerana upah mengurut "LUTUT" nya kot.
Kalau tak percaya boleh tanya Pak Chik Google. Bukan kah sekarang ini berita di hujung jari.

Anonymous said...

Tak ada kaitan lutut dengan anu.... kalau lutut dgn kepala mungkin.

Anonymous said...

Rakyat akan menilai pemimpin mereka tuan blog...jgn bimbang...kita fokus kepada dasar amanah...yg penting pru14 jgn ada lg clash diantara parti komponen harapan...disarawak rakan amanah agak mengecewakan tp masih boleh dibaiki sebelum pru14

Anonymous said...

Di mana letaknya harga diri Mustafa Ali yang ketika itu adalah Setiausaha Agong Pas, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Siapa yang mendapat untung dari kerja fitnah ini? Jika kerja blogger UMNO dah nama pun blogger UMNO tentu lah yang dapat untung nya UMNO.

Jika di saman tentu dapat tahu apa tujuan blogger yang di upah UMNO membuat fitnah?

UMNO parti melayu yang tak bermaruah itu pun tahu nak saman Mustafa bila di tuduh bukan nya di fitnah tetapi Mustafa yang di fitnah tak buat apa-apa mempertahankan diri.

Memang cerita lama, Mustafa bukan Ketua Cawangan dan Islam tidak benarkan kita membiarkan atau bersongkol dengan fitnah.

Mustafa selamat hanya kerana PAS sedondon dengan UMNO. Jika tidak isu ini masih lagi bernyawa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...